SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Wang Buat Kita Jadi JAHAT ?

Wang Buat Kita Jadi JAHAT ?

#TabungFikir

WANG AKAR SEGALA KEJAHATAN?

1. Banyak orang biasa tidak pedulikan tentang wang.

2. Mereka berkata mencintai wang adalah akar segala kejahatan, wang punca masalah dan semua tentang wang adalah negatif.

3. Orang biasa suka dengan slogan wang bukanlah segalanya dan kebahagian tidak boleh dibeli dengan wang.

4. Pada waktu yang sama mereka mengeluh tentang wang, meminjam dari kawan dan jarang pulangkan, merungut tentang gaji dan kos hidup yang semakin tinggi.

5. Ungkapan yang mereka suka, kerana wang orang menjadi jahat, terima rasuah, lupa diri dan sebagainya.

6. Sedangkan wang adalah benda ‘mati’. Bolehkan benda mati mengubah manusia?

Wang yang jahat atau manusia yang jahat?

7. Dengan wang manusia boleh menjadi baik dan dengan wang manusia boleh menjadi jahat.

8. Peranan utamanya adalah manusia dan bukannya wang.
Wang juga boleh membangunkan pusat tahfiz yang terbakar satu masa dulu.

9. Anggapan salah tentang wang, menjadikan wang tidak akan ‘dekat dan lekat’ dengan kita.

Wanita akan hargai kita bila kita sayang mereka, begitu juga wang sebenarnya.

Abah Kacak

#SedekahLebihJumaatYangMuliaIni
#WangObjekMati
#WangAtauManusiaYangJahat

t.me/NotaAzizulAzli

Leave a Reply

Open chat