SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Tokoh Yang Pentingkan Waktu Pagi

Tokoh Yang Pentingkan Waktu Pagi

Tokoh-tokoh yang mengutamakan waktu pagi.

1. Nabi Muhammad – Rasulullah (selawat) sering bangun awal pagi untuk bertahajjud sekitar 2/3 malam (2-4 pagi). Kemudian menunaikan solat subuh berjemaah. Waktu pagi baginda akan dipenuhkan dengan banyaknya aktiviti beribadah termasuk bersahabat, mengutamakan waktu dhuha dan berniaga.

2. Mark Zukerberg (Pengasas Facebook) akan bangun pada sekitar 6.00 pagi setiap hari, bersenam, sarapan, membaca dan memakai baju yang warnanya sama pada jam 8.00 pagi dan terus menuju ke pejabat.

3. Jack Dorsey (Co-Founder Twitter) akan bangun pada jam 5.30 pagi setiap hari dan akan berlari sekurang-kurangnya 10km sehari setiap pagi sebelum memulakan kerja untuk kekalkan kecergasan dan kecerdasan diri. Katanya, hanya dengan sihat sahaja minda akan aktif, tenang dan sentiasa memikirkan solusi.

4. Warren Buffet (Investor), akan bangun pada jam 6.45 pagi dan akan membaca sekurang-kurangnya 6 jenis surat khabar pada setiap pagi tersebut. Beliau dikatakan membaca sekitar 500 muka surat akhbar untuk mengasah ketajaman nilai bisnes dan sosial dalam hidupnya.

5. Bill Gates (Pengasas Microsoft) akan bangun sekitar 7.00 pagi setiap hari dan memerlukan tidur sekitar 8 jam sehari untuk menghasilkan otak dan minda yang kreatif setiap hari.

6. Steve Jobs (Pengasas Apple Inc) akan bangun pada jam 6.00 pagi setiap hari, bersarapan, bersenam, membaca dan berjalan kaki sekitar rumahnya untuk mendapatkan udara bagi menjadikan dirinya sentiasa berkualiti kepada orang lain pada setiap hari.

7. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia), bangun pada 5.00 pagi setiap hari untuk membaca buku, kemudian solat, sarapan dan akan terus bersiap menuju ke tempat kerja dan memastikan akan sampai ke pejabatnya sebelum jam 8.00 pagi. Sekiranya pada waktu hujung minggu, beliau akan brisk walk untuk kekalkan stamina dan mengambil udara segar.

8. Khabib Nurmagomedov (UFC Fighter), akan bangun sekitar 4.00 pagi hampir setiap hari untuk solat sunat, kemudian akan mula berlari, dan akan berhenti untuk solat subuh. Kemudiannya akan bersarapan dan akan meneruskan latihan sekitar 2-4 jam sehari pada setiap pagi.

9. Huma Hatun, Ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh, akan bangun sekitar 3.00 pagi setiap hari untuk menyiapkan makanan untuk keluarganya, menunaikan solat sunat dan memastikan anak-anaknya bangun awal untuk mendapatkan latihan peperangan dan menjadi tentera terbaik untuk negaranya.

10. Buya Hamka dikatakan hanya tidur sekitar 3-4 jam sehari sahaja dan memastikan tidur itu adalah tidur yang berkualiti. Bangun awal pagi untuk solat, kemudian menyendiri, membaca, menulis dan berjalan kaki adalah sebuah keistimewaan. Katanya “waktu begitu pantas menipu kita yang terlena.”

Semoga kita semua masih bangun tidur pada sebuah pagi, usaha sesuatu pada waktu masih pagi dan bekerja keras pada waktu pagi.

Dan sesungguhnya pada waktu pagi itu adalah istimewa untuk kita. Kerjakan, dan usahakan. Supaya pada petangnya, kita bawa hasil pulang dengan seceria-ceria manusia.

Leave a Reply

Open chat