SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Tips Rekrut Agen Dato Aliff Syukri

Tips Rekrut Agen Dato Aliff Syukri

Dari pagi tadi sampai sekarang belum habis interview calon-calon yang mahu jadi agen.

Kebetulan semalam dah habis baca eBook pertama oleh Dato Aliff Syukri. Saya dapat 1 point dari tips beliau yang ada persamaan dengan saya.

Point itu adalah, beliau akan pastikan team betul-betul memahami, menghargai, menyukai dan ada pengalaman sendiri menggunakan produk yang dikeluarkan. Jadi saya letakkan syarat untuk yang mahu jadi agen mestilah orang yang pernah menggunakan produk saya dan kena suka dengan bidang yang akan diceburi.

Daripada pengalaman ambil agen fasa pertama, saya dah mula dapat result dan perbandingan prestasi agen berdasarkan point ini. Agen yang ada pengalaman dan suka sangat guna produk ini, dapat komisen RM700 pada bulan pertama. Berbanding agen lain yang hanya beli produk semata-mata sebagai syarat mahu jadi agen dan kerana ikut-ikutan sahaja. Namun tidak mencintai produk itu.

Ada lagi kelebihan lain yang saya perasan, dia boleh buat copywriting dengan baik dan bijak close deal. Ada yang buat customer berasa sangat terharu sampai bagi icon 😭 bila dapat free gift dan servis yang baik.

Semoga dengan pengambilan agen fasa kedua, dapat duplicate watak agen seperti ini. Barulah mantap team sales 😊

Leave a Reply