SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Tips Promosi Diri Media Sosial

Tips Promosi Diri Media Sosial

Tips memposisikan diri di dalam media sosial.

Media sosial merupakan pasar jenis moden yang boleh menarik pembaca melalui fungsi “search”. Ia memang diakui salah satu alat yang mesti digunakan oleh banyak para guru pemasaran.

Fungsi tradisi seperti luahan perasaan di dinding muka buku, menyindir orang yang tidak disukai dan alat menceritakan tentang kehidupan nampaknya tidak lagi sesuai pada zaman sekarang. Ini kerana kita akan secara terbuka mendedahkan data privasi kita kepada orang yang ingin mengambil kesempatan. Data privasi ini termasuklah emosi kita, cerita peribadi dan lokasi orang tersayang kita.

Jesteru, fungsi memposisikan diri sebagai alat dimedia sosial adalah fungsi yang selamat untuk digunakan di media sosial.

Ini tipsnya:

a. Set media sosial kita kepada PUBLIC. Ini membantu facebook dan juga player besar carian iaitu google mencari maklumat kita. Bahasa yang pakar gunakan adalah “Algorithm crawler”. Ia akan menjejak perkataan yang kita gunakan untuk dijumpai oleh pembaca. Alang-alang kita berkongsi, kongsi dengan semua orang. Elakkan set “only see to friends/freinds of friends”. Tanpa kita sedar, kita set “private” pun data kita telah disimpan di dalam pengkalan data penyedia media sosial, jadi set terus PUBLIC.

b. 3 saat pertama sangat penting di dalam menghentikan mata pelanggan. Lalu, terus jangan cerita, letak tajuk yang meringankan emosi pembaca untuk memulakan pembacaan.

c. Kemudian, kita boleh cerita kenapa tajuk ini diceritakan. Ia meliputi ayat-ayat yang terlibat di salam menyelesaikan masalah.

d. 3 saat terakhir menentukan tindakan pembaca. Kita letakkan “call to action, CTA. Ia seperti pautan whatsapp, no telefon atau laman web. Kalau maksud untuk berkongsi dan tidak menjual, letakkanlah ayat-ayat mendorong untuk mengajak pembaca melaksanakannya.

e. Ini bonus, apa yang kita cakap pada orang lain akan refleks pada emosi pembaca. Cakap perkara-perkara yang positif. Sindiran pada orang lain di dalam perkataan kita akan dibaca seperti menyindir pembaca. Ia juga memberikan gambaran yang tidak sihat seorang penulis. Kita penganglah pada mazhab elakkan kontroversi, walaupun kontroversi itu boleh meletupkan. Kihkikihkih.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Open chat