SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Tips Elak Maksiat

Tips Elak Maksiat

TIPS NAK ELAK MAKSIAT?

Soalan :
Ustaz boleh bagi tips nak elak maksiat mata, hati dll. ni. Susah sangat nk jaga dlm keadaan hari ni, mudah je nk buat maksiat.. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Jawapan :
Perkara maksiat yg dilihat itu environment biasa hari ni. Bila kehidupan kita tidak diatur oleh syariat Islam, kita tak boleh halang ia berlaku, cuma kita perlu benci dengan hati.

Nasihat saya :

1- JAGA PANDANGAN.
Allah perintahkan lelaki & perempuan sama2 jaga pandangan. (Surah An-Nur, 24 : Ayat 30-31)

2- BANYAKKAN ISTIGHFAR
Ucapkan “Astaghfirullahal’azimm”, bila2 & di mana pun (kecuali toilet). Mafhum hadis Nabi ο·Ί, syaitan itu dikalahkan dgn istighfar.

3- BANYAKKAN ZIKIR & SELAWAT.
Utk selalu ingat kpd Allah, takut kpd Allah & tenang hati.

4- HAFAL AL-QUR’AN
Org yg menghafaz Al-Quran dgn ikhlas, hatinya sentiasa ingat kpd Allah. Hatinya tenang, tidak gelisah. Caranya mula hafal dr surah2 juzuk ‘amma, kemudian sambung hafal surah2 lazim seperti Al-Mulk, As-Sajdah, Al-Insan, Al-Waqi’ah, Yasin dll.

5- HADIRI MAJLIS ILMU
Duduk dlm environment yg baik dpt menjaga diri kita dpd buat amalan yg buruk. Diri kita sentiasa terpelihara sepanjang hadir dlm majlis ilmu. Pahala dpt ilmu pun dpt insya Allah. For student, usrah tu elok join. Cubalah attend skali, kalau dpt naqib/naqibah usrah yg ok, korang akan enjoy.

6- BERSAHABAT DGN ORG SOLEH
Berkawanlah dgn semua org, kita cuba luangkan masa join majlis ilmu(no.5) supaya kita dpt kenal kawan baru. Dlm ramai2 kawan kita mesti ada yg boleh jadi sahabat dunia akhirat.
“Sahabat yg soleh akan doakan bila jauh, bantu bila susah, ajak buat kebaikan, tegur dari kesalahan.”

Insya Allah bila kita sibukkan buat perkara baik & hadir majlis ilmu, tambah lagi ada sahabat yg soleh, kita terhindar dari buat perkara buruk.

Selamat beramal.

Jom sebarkan. 😊

Telegram : @ahmadharischannel
Twitter : @ahmad_haariss
Pm : @ahmadharis

Leave a Reply

Open chat