SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Tewas Kerana Tidak Ikhlas

Tewas Kerana Tidak Ikhlas

TEWAS KERANA TIDAK IKHLAS

Ikhlas merupakan syarat penerimaan segala bentuk ibadah. Ikhlas juga menjadi tuntutan wajib yang tidak boleh dipandang remeh dalam perlaksanaan ibadah kepada Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud :

“Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah dengan ikhlas mentaati Nya semata2 kerana (menjalankan) agama dan juga melaksanakan solat dan menunaikan zakat ;dan yang demikian Itulah agama yang lurus (benar)” (Al Bayyinah ayat 5)

Ikhlas merupakan asas utama dalam penerimaan sesuatu ibadah. Tanpa keikhlasan maka ibadah tidak mempunyai nilai disisi Allah. Justeru itu marilah kita renungi kisah ini agar ianya menjadi pengajaran kepada kita.

Dalam sebuah kampung terdapat sebatang pokok yang menjadi sembahan penduduk kampung.

Melihat akan perbuatan syirik penduduk kampung seorang pemuda berazam untuk menebang pokok tersebut bagi mengelakkan penduduk kampung daripada terus menjadi syirik.

Maka pemuda itupun mengambil kapak lalu menuju ke arah pokok tersebut. Maka syaitan yang mengetahui niat pemuda itu lalu dia menukar dirinya menjadi manusia lalu disapanya pemuda itu,

“Apa yang engkau inginkan?

Lalu dijawab pemuda itu,”

Aku ingin menebang pokok ini kerana ramai menjadi syirik dengan menyembahnya.

Syaitan itu berkata,

Aku akan menghalangmu dan kamu harus mengalahkanku untuk menebang pokok ini. Maka terjadilah pergelutan antara pemuda itu dengan syaitan yang menyerupai manusia itu. Maka akhirnya syaitan itu pun tewas. Akan tetapi syaitan itu tidak mudah untik berputus asa. Maka dia menawarkan dua keping dinar emas setiap hari kepada pemuda itu dengan syarat dia perlu membatalkan niatnya untuk menebang pokok itu. Lalu pemuda itu berfikir bahawa itu tawaran yang menarik kerana dia tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari rezeki. Maka dia pun bersetuju dengan tawaran syaitan yang menyerupai manusia itu. Maka pada keesokkan harinya pemuda itu mendapati ada dua keping dinar emas dibawah bantalnya dan seterusnya hari yang kedua juga terdapat dua keping dinar emas dibawah bantalnya. Namun pada hari yang ketiga pemuda itu mendapati tiada dinar emas dibawah bantalnya lalu dia merasa marah kerana dirasakan yang dia telah ditipu. Lalu dia pun mengambil kapak lalu menuju kearah pokok itu. Syaitan yang menyerupai manusia itu sudah mengetahui akan perkara tersebut lalu dia pun menunggu pemuda itu lalu dia berkata kepada pemuda itu,

Engkau harus mengalahkan aku untuk menebang pokok itu. Lalu terjadi pergelutan diantara mereka dan akhirnya syaitan itu dapat mengalahkan pemuda itu. Maka pemuda itu hairan kerana dulu dia dapat mengalahkan syaitan itu tetapi pada kali ini dia tewas.

Lalu dia bertanya kepada syaitan yang menyerupai manusia itu,

Mengapa dulu aku berhasil mengalahkanmu tetapi pada kali ini tidak?

Maka jawab syaitan itu,

Dulu pada kali pertama engkau datang dengan niat yang ikhlas semata2 kerana Allah sehingga aku tidak berupaya untuk mengalahkanmu. Akan tetapi pada kali ini engkau datang dengan perasaan marah kerana tidak mendapat dinar emas dan apabila engkau tidak ikhlas kepada Allah maka aku berjaya mengalahkan mu…

MAKA YANG DEMIKIAN ITU INGATLAH BAHAWASANYA SYAITAN ITU AKAN TEWAS KEPADA MEREKA YANG BENAR2 IKHLAS DALAM PERIBADAHAN MEREKA KEPADA ALLAH SWT

RENUNG2KANLAH

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

Leave a Reply

Open chat