SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Terima Kasih Allah Untuk Segalanya

Terima Kasih Allah Untuk Segalanya

TERIMA KASIH ALLAH UNTUK SEGALANYA.

Suatu ketika dahulu dikisahkan seekor burung tinggal di padang pasir, dalam keadaan kesakitan, tidak ada bulu, tidak boleh makan atau minum, dan tidak ada tempat tinggal. Ia terus mengutuk kehidupannya siang dan malam.

Pada suatu hari, lalu malaikat melintasi padang pasir itu. Burung itu menahan sang malaikat dan bertanya ” ke mana kau nak pergi?” Malaikat menjawab “Saya akan berjumpa dengan Tuhan”. Maka burung bertanya “tolong tanya kepada Tuhan, bilakah keadaan saya akan berakhir?” Malaikat berkata “pasti, saya akan menanyakan soalan kamu sambil mengucapkan selamat tinggal kepada burung tersebut. Malaikat menyampaikan pesan burung tersebut. Malaikat menanyakan bagaimana burung itu akan bertahan? Pertanyaan itu dijawab, “untuk tempoh tujuh tahun kehidupan yang seterusnya, burung itu harus menderita seperti ini, tidak ada kebahagiaan sampai saat itu”. Malaikat itu berkata, “apabila burung ini mendengarnya, dia pasti akan kecewa. Adakah apa-apa penyelesaian untuknya? “. Pertanyaan itu dijawab, “beritahu dia untuk menyebut ayat ini : Terima kasih Allah atas segala-galanya.

Malaikat kemudiannya menemui burung itu lagi dan menyampaikan pesan tersebut. Selepas tujuh hari malaikat itu melalui jalan yang sama sekali lagi lalu melihat bahawa burung itu sangat gembira, bulu-bulunya tumbuh segar, pohon-pohon kecil mula tumbuh, terbit matair kecil juga di sana, burung itu menyanyi dan menari dengan gembira. Malaikat terkejut kehairanan bagaimana ia boleh berlaku! bukankah tiada kebahagiaan untuk burung itu untuk tempoh tujuh tahun? Dengan soalan ini dia pergi melawat Sang Pencipta. Benar, tidak ada kebahagiaan untuk tujuh tahun berikutnya, tetapi takdirnya berubah kerana burung itu sentiasa menyebut, ” Terima kasih Allah atas segala-galanya” dalam semua keadaan.

Apabila burung itu jatuh di atas pasir panas, ia mengucapkan terima kasih kepada Allah untuk semua ini… Apabila ia tidak boleh terbang, ia mengucapkan terima kasih kepada Allah untuk semua ini.

Dalam apapun keadaan yang dialaminya, ia terus mengulangi menyebut tanpa jemu, “Terima kasih Allah untuk segala-galanya” dan oleh kerana itu, takdir tujuh tahun penderitaan kehidupannya berubah menjadi sesingkat tujuh hari.

Apabila saya mendengar cerita ini, saya rasa bersemangat. Saya merasakan peralihan yang luar biasa dalam cara saya merasa, berfikir, menerima dan melihat kehidupan.

Kata-kata TERIMA ALLAH ATAS SEGALA-GALANYA telah membantu saya mengubah pandangan saya dari apa yang saya tidak ada kepada apa yang saya ada. Saya rasa hidup penuh berlimpah. Jika anda menyedari betapa kuatnya kuasa berterima kasih, ia dapat membentuk semula kehidupan kita. Perkataan yang mudah diucap, mudah difikir ini mengajar kita untuk bersyukur atas segala yang ada dalam hidup kita sehingga lenyap bebanan perasaan yang kita tanggung sepanjang hidup.

Bersyukurlah … dan lihat perubahan sikap anda.

rendahkan hati … dan anda tidak akan terhina.

kongsikan agar anda menjadi asbab ramai orang bersyukur dan lepas dari bebanan perasaan disaat teruji. http://T.me/rahsiamagnetkekayaan

Leave a Reply

Open chat