SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Tasawuf Adab Berusaha Untuk Kehidupan

Tasawuf Adab Berusaha Untuk Kehidupan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da’i Niezal&Ustaz Ahmad Fuad Mohammad Mokhtar)
*TASAWUF*
*ADAB BERUSAHA UTK KEHIDUPAN*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah nasib mereka.

Allah pilih kita duduk dalam majlis ini utk merungkai adab berusaha dalam kehidupan kita.
Mereka yg mengambil semua dunia dan menolak semua dunia,mereka ini tak sempurna akidahnya.

Sistem dropship sudah bermula dari zaman Nabi.
Nabi ambil barang dari Siti Khadijah dan jual.
Nabi berjuang bersungguh~sungguh dalam perniagaan.
Allah yg menciptakan kamu dan memberi rezeki,mematikan kamu dan menghidupkan kembali.
ALLAH TELAH TAKDIRKAN HIDUP KITA SEBELUM ALLAH CIPTA KITA DAN ALLAH TELAH TAKDIRKAN JALAN HIDUP KITA.
Kita perlu berusaha.
Kita mesti berusaha sungguh².
Suami mesti berusaha sungguh² beri ilmu pada keluarga.
Allah suka dan kasih pada org yg berusaha.

ADAB USAHA DARI IMAM AL~GHAZALI:
1)Org yg disibukan dgn tempat hidupnya(org yg binasa)
Siang malam pagi petang bisnes hingga melanggar syariat hingga bawa rezeki yg tak halal.
2)Org yg sibuk dgn tempat kembalinya iaitu akhirat(org ini ada kejayaan yg sederhana)
3)Org yg buat dunia dan buat akhirat.
Kekuatan dan kekayaannya utk agama Allah.
JIHAD EKONOMI SUDAH ADA PADA ZAMAN RASULULLAH.
Abdul Rahman bin Auf jual unta pada harga modal.
Beliau sebenarnya bukan jual unta tapi beliau juga jual tali utk ikat unta.
Jual unta harga modal dan jual tali.
Beliau dapat cepat pulangan.
INILAH IKTHIAR UTK CARI REZEKI YG HALAL,KEBERKATAN DAN MANFAAT UTK ORG RAMAI.

ALLAH JADIKAN BUMI UTK TEMPAT KITA MENJELAJAH.
KETIKA KITA BERAZAM UTK JADI ULAMAK,JADI AHLI ILMU,KITA MESTI BERUSAHA.
PENUNTUT PENGAJIAN MESTI BERUSAHA BERSUNGGUH~SUNGGUH,IN SHAA ALLAH,ALLAH JADIKAN KITA MASAK DGN ILMU.
PADA ZAMAN DULU ADA SEORANG YG BUAT KUNCI ISTANA.
DIA NAMPAK SEORANG ANAK SULTAN DIKETUK KEPALA DGN ULAMAK.
BENARLAH ALLAH ANGKAT DARJAT ORG YG TERUS BERUSAHA.
DARI JADI TUKANG BUAT KUNCI DIA MENJADI SEORANG ULAMAK.

ADAKAH SELEPAS SESEORANG ITU BERUSAHA DAN DIA DAPAT APA YG DICAPAI,DIA PERLU RENDAH DIRI ATAU PERLU KONGSIKAN ILMU TENTANG USAHANYA ITU PADA ORG LAIN?
Allah beri kita kelapangan dan rezeki pada kita.
Allah bersifat boleh memberi mudarat pada kita dan boleh beri manfaat pada kita.
Boleh ceritakan sungguh² apa yg kita usaha setelah kita berjaya dan jangan rahsiakan ilmu yg kita dapat.
SOKONG PRODUK MUSLIM,JANGAN DIBENCI~BENCI DAN JANGAN DISIHIR~SIHIR.

APA ADAB KEHIDUPAN SEBELUM MENEGUR,MEMBERI NASIHAT PADA SESEORANG UTK KEBAIKANNYA?
Adab itu sebelum ilmu.
Adab menegur secara diam²(PM)dan menegur secara terbuka.
Dakwah ada dua.
Buat secara tertutup,secara terbuka.
JIKA SILAP BACAAN DALAM SEMBAHYANG,TERUS TEGUR DIA BUKAN SEBARKAN KESALAHAN DIA.
Serulah org itu secara hikmah.
DAKWAH BUKAN KERAS TAPI TEGAS.
Nabi ketika marah akan nampak garisan urat didahi baginda.
Ketika nak tegur,guna kata² yg sesuai.
Ketika menegur perlu emosi yg sesuai.
Gunakan keadaan yg tepat.
Kalau nak tegur org jangan sebut aku nak tegur engkau ni.
PUJI DIA DULU,TEPUK DIA DULU DAN BARU MENEGUR.

BOLEHKAH MENGATAKAN “SAYA TAK PERLU BERUSAHA SEBAB ALLAH DAH TENTUKAN SEMUANYA”?
Allah tak ubah nasib kita sehingga kita ubah nasib diri kita sendiri.
Kita bukan golongan kadariah.
Golongan kadariah, apa yg dia buat dia dapat.
Golongan jabariah pula serahkan pada takdir Allah.
Takdir adalah rahsia dari rahsia Allah.
Allah memang telah takdirkan utk kita tapi Allah minta kita berusaha.
Nabi yg telah ditakdirkan SYURGA juga berusaha hingga bengkak² kaki sembahyang.
Ini tanda Nabi bersyukur.
JANGAN GUNAKAN ALASAN AGAMA UTK TAK BERUSAHA.

ADAKAH IKHLAS,TEKUN AMANAH,SABAR DAN SENTIASA BERDOA ITU ADAB BERUSAHA UTK KEHIDUPAN?
Siapa yg singgah di Madinah akan jumpa ladang kurma,telaga dan tapak hotel Sadina Uthman bin Afan yg diwakafkan.
Inilah kerana sifat Uthman yg tekun berusaha.

APAKAH PERLU KESEIMBANGAN USAHA DUNIA DAN USAHA AKHIRAT SUPAYA ISTIDRAJ TAK BERLAKU?
Ya.
Kita perlu sederahana.
Sederhana bukan kita jadi lemah.
Kita mesti kejar betul² di dunia ini.
Nabi ajar doa ini,Ya Allah berilah kami kebahagian di dunia dan kebahagian di akhirat.
Buat sungguh² dan jangan putus asa.

ADAKAH KEBERKATAN ILMU AKAN HILANG TANPA ADAB?
Ya.
Ketika pengajian perlu jaga adab dgn guru.
Guru boleh naikkan kita dan boleh jatuhkan kita.
Ketinggian keberkatan ilmu bergantung pada ketinggian hormat kita pada guru.

WUJUDKAH FAKTOR KEBERKATAN IBU PADA ANAK?
Sebahagaian ulamak mengatakan barakah hanya pada Allah.
DAN ADA 3 JENIS BARAKAH:
1)Barakah terletak pada insan cth guru dan ibu ayah.
Apa yg kita dapat hari ini adalah keberkatan dari ibu ayah kita.
Mustahil Allah tolak doa dari seorang ibu yg menangis ketika mendoakan anaknya.
SANGAT RUGI ORG TUA YG TAK MENDOAKAN ANAK².
2)Barakah pada masa.
Masa hujan
Masa azan
Masa Aidil fitri
3)Barakah pada tempat.
Bumi Mekah
Madinah
Masjid²
Majlis zikir

BOLEH USTAZ KONGSI ADAB² TIP YG TERBAIK UTK SEORANG ISTERI DAN PERLUKAH NIAT KERANA ALLAH?
Tokoh yg sangat luar biasa ialah Saditina Aisyah.
Bila nak hidangkan air pada Nabi bukan hidang air kosong sahaja tapi diletakkan sedikit madu.
Siapkan pakaian yg paling cantik.
Pada zaman Nabi wanita² seperti tak berpuas hati pada Nabi kerana tak dapat berjihad seperti org lelaki.
DAN NABI KATA CUKUPLAH UTK KALIAN SYURGA BILA ISTERI BERI SERVIS TERBAIK UTK SUAMINYA.
Suami hargailah isteri.
KEPADA SUAMI,JANGAN LOKEK BERTERIMA KASIH PADA ISTERI DAN JANGAN LOKEK PUJI ISTERI.
Kalau kita tak menghargai org, bermakna kita kurang harga pada diri kita.

KADANG² KITA PUAS BERUSAHA HINGGA KADANG² NAK BERPUTUS ASA,APAKAH INI DATANGNYA DARI BISIKAN SYAITAN?
Allah kata jangan putus asa dari rahmat Allah.
Syaitan jadikan kita putus asa.
Kemuncak kejayaan syaitan ialah buat kita putus asa.
Kadang² ada lintasan kita jadi malas nak belajar.
Ini kerana lintasan dari syaitan.
Ulamak² terdahulu juga ada yg nak putus asa.
Keluarga yg bahagia,amalan yg berterusan akan beri sokongan pada kita.
SELALULAH TAMBAH NIAT KITA.
Tambah niat kita,Allah akan tambah ganjaran pada kita.

KEWAJIBAN BAGI SEORANG SUAMI BERI MAKAN DAN PAKAI PADA ISTERI DGN CARA YG BAIK.
PALING KURANG 2 HELAI SETAHUN.
BERILAH MAKAN YG BARAKAH.
JANGAN TAKUT KONGSI REZEKI.
APA YG KAMU NAFKAHKAN,ALLAH AKAN GANTI.
ADA ORG YG SIMPAN DUIT KERANA SAYANG DUIT HINGGA AKHIRNYA SAMPAI DIA SAKIT.
PASTIKAN KALAU BOLEH SEBELUM MATI DUIT KITA PUN HABIS.

APAKAH KEPENTINGAN ADAB DALAM KEHIDUPAN?
Adab pergaulan sangat penting.
Lebih 500 ribu lahirnya anak luar nikah kerana tak jaga pergaulan.
Kita sebagai org yg lebih tua,kita tak berani nak menegur.
Anak muda kita sekarang ramai yg berada di media sosial.
Cari mereka di sana.
Dakwah mereka di media sosial.
ISLAM TAK IZINKAN KITA PELUK WANITA.
WANITA SANGAT² MAHAL.
JAGA PERGAULAN.
WANITA,KALAU NAK DIHORMATI TOLONG HORMATI DIRI ANDA.
Tak tutup aurat dgn sempurna dan tak jaga lidah tanda anda tak menghormati diri anda sendiri.

APAKAH ZIKIR SUPAYA TAK PUTUS ASA?
Buka tangan kita dan genggan kuat² letak dipeha dan sebut
لا إلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ ؛ وَلَهُ الحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
BOLEH BUAT SEBERAPA BANYAK.
DAN BOLEH BUAT SELEPAS SOLAT.
Ketika akidah kita kuat kerana Allah kita akan jadi kuat.

KETIKA KITA SUDAH ADA SESUATU BENDA PADA DIRI KITA,JAGALAH SEBAIK MUNGKIN.
SEMOGA BERI BARAKAH DAN BERI MANFAAT PADA KITA.

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru

❤SILAKAN SHARE❤

Leave a Reply