SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Takdir Dalam Filem The Three Kingdom

Takdir Dalam Filem The Three Kingdom

TAKDIR

Tentera Wei diketuai Sima Yi telah terkepung di dalam api marak di kubu Shangfang Valley.

Zhuge Liang berkata, dengan situasi demikian, tiada yang dapat menyelamatkan musuh mereka itu.

Semua faktor telah di ambilkira, jumlah bahan bakar, jumlah bahan letupan, masa diperlukan untuk pastikan api dan debu asap mampu membunuh musuh mereka. Perkiraan terperinci tentang kebakaran itu.

Keterperincian Zhuge Liang dalam setiap gerak tindakan perang diakui sendiri oleh Sima Yi.

Inilah detik terakhir yang akan menentukan penaklukan Empayar Shu ke atas Empayar Wei dengan menakluki Central Plains, wilayah terbesar di China.

Namun, di saat Sima Yi menghunus pedang ke leher sendiri tanda menyerah diri, titisan hujan menitik di belahan pedang.

Takdir tuhan. Hujan memadamkan api marak, Sima Yi dan tenteranya terselamat.

😇 Rukun Iman ke-6, Percaya pada Qada’ dan Qadar.

#ZhugeLiang
#TokChah’sFav
#TheThreeKingdom

Leave a Reply