SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Syed Saddiq Dilanda Kontroversi Food Panda

Syed Saddiq Dilanda Kontroversi Food Panda

SYED SADDIQ DILANDA KONTROVERSI LAGI

Gara-gara terlalu yakin dengan kenyataannya di media sosial, Syed Saddiq sekali lagi timbulkan kontroversi. Dah macam artis pulak kan. Kalau scroll twitter hari ni, banyak netizen muatnaik status bengang dengan Syed Saddiq pasal isu rider foodpanda.

Lepas Tun Dr Mahathir keluarkan kenyataan pasal isu ni tak pernah dibawa ke kabinet, penuh kat media sosial orang kata dia ‘penipu’. Sudahlah dicop ‘menteri yang suka menyibuk’ sekarang dapat pulak gelaran baru.

Punyalah orang bengang sampai Sekretariat Gabungan Anak Muda Malaysia pun buat aduan polis tuntut dia bertanggungjawab selesaikan isu ni. Niat baik nak membantu tu memang bagus tapi jangan la sampai kelentong lepastu tak pasal kantoi macam tu je.

Itu belum kira dah janji kononnya kerajaan akan bantu alih-alih PM kata itu pendapat peribadi dia ja. Bukan ke namanya ‘harapan palsu’ tu. Walaupun niat tu baik, tapi cara pun kena betul sebab dia tu menteri.

Padahal dia boleh je pergi jumpa dengan M.Kulasegaran bincang suruh dia yang selesaikan isu ni. Mana boleh buat carca marba sesuka hati. Bila dah kantoi macam ni kan dah busuk nama sendiri.

Harap-harap Syed Saddiq boleh lah jernihkan keadaan dan dapat cari jalan terbaik nak selesaikan isu ni. Jangan terlalu ghairah nak tunjuk berkhidmat untuk rakyat sampai sanggup janji benda yang belum pasti.

Leave a Reply

Open chat