SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Sistem Rumah Di Singapura

Sistem Rumah Di Singapura

#TabungRumah

SISTEM RUMAH DI SINGAPURA?

1. Konsep perumahan di Singapura adalah bersih, selamat dan terjaga.

2. Setahun selepas penubuhan Singapura, mereka menubuhkan Housing and Development Board (HDB).

3. Penduduk Singapura antara penduduk dunia yang memiliki kediaman tertinggi selepas Romania 96% diikuti Singapura 90.9%. Penduduk US yang memiliki kediaman hanya 63.5% dan UK hanya 63.4%

4. Negara yang paling rendah pemilikan kediaman adalah Jerman dengan 75% penduduknya masih menyewa.

5. Sewaktu awal penubuhan Singapura, penduduknya tidak berminat tinggal di kediaman bertingkat. Mereka kebanyakkannya adalah setinggan.

6. Pada 25 mei 1961 penempatan penduduk di Bukit Ho Swee berkeluasan 400,000 meter persegi terbakar mengorbankan 4 nyawa dan menjadikan lebih 16,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.!

7. Tahun 1965 HDB telah membina apartment berjumlah 51,000 unit untuk menampung 400,000 penduduknya!.

8. Kediaman ini dijual dengan kaedah sewa beli kepada penduduk dengan nilai 20%-30% dari nilai pasaran semasa waktu itu.

9. Pemilikan hartanah pada tahun 1960 hanya berjumlah 6% sahaja dan meningkat menjadi 82% pada tahun 2016.

10. Setiap blok kediaman tidak dikhususkan kepada satu bangsa, setiap level mesti ada Cina, India dan Melayu bagi mengekalkan hubungan kenegaraan.

11. HDB pada tahun 2001 mula memperkenalkan skim baru iaitu ‘Buit to Order’ untuk mana mana rakyat yang ingin beli kediaman untuk tempah dan tunggu.

12. Jika ingin membeli rumah rakyat ini, mereka harus mengisi borang tempahan di HBD dan menunggu beberapa tahun untuk dapat kediaman tersebut.

Kita mungkin boleh belajar sesuatu dari apa yang diusahakan oleh jiran kita.

Azizul Azli Ahmad

Sumber : Bloomberg
#ShareJer

Photo from Tips Kewangan & Hartanah Azizul: https://t.me/NotaAzizulAzli/2848

Leave a Reply

Open chat