SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Sikap Sahabat Ketika Berlaku Fitnah

Sikap Sahabat Ketika Berlaku Fitnah

Sikap Sahabat Ketika Berlaku Fitnah
===========
1. Peristiwa fitnah ke atas Saidatina Aisyah atau dikenali sebagai Hadith al-Ifk adalah satu pengajaran yang penting buat Muslim. Di sini kita dapat melihat kesungguhan kumpulan munafiq menyebarkan fitnah bagi memecahkan kesatuan Islam.

2. Rentetan dari peristiwa ini Allah mencela sikap mereka yang suka menyebarkan fitnah. Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Dan mereka yang gemar menyebarkan berita jahat (fitnah) di kalangan orang yang beriman akan dikenakan hukuman yang berat di dunia dan akhirat.” (al-Nur: 24)

3. Menurut al-Imam al-Baghawi, ayat ini menjelaskan tentang sikap orang munafiq yang suka menyebarkan fitnah. Al-Qurtubi pula menjelaskan bahawa fitnah ini dilakukan oleh Abdullah ibn Ubai, ketua Munafiq pada zaman Rasulullah. Dalam al-Quran, mereka ini disifatkan sebagai golongan yang mempunyai jiwa yang sakit.

4. Sikap Muslim tidak seperti itu. Dalam surah yang sama, al-Quran menggambarkan bagaimana sikap seorang Muslim itu seharusnya menahan diri dari berkata tentang peristiwa fitnah yang jijik. Firman Allah:

وَلَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُمْ مَا يَكُونُ لَنَا أَنْ نَتَكَلَّمَ بِهَذَا سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ

Dan semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”. (al-Nur: 16)

5. Lihatlah bagaimana sikap Abu Ayyub al-Ansari ketika ditanya oleh isteri beliau tentang fitnah jahat ini, beliau lantas berkata: Tidak sepatutnya kita berbicara tentang fitnah ini! Sesungguhnya ini adalah fitnah yang dahsyat! (Tafsir Ibn Kathir)

6. Begitu juga dengan Sa’d ibn Muaz. Ketika berita ini disampaikan kepadanya, lantas dia berkata:

سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ

“Mahasuci Allah, sesungguhnya ini adalah fitnah yang besar.” (HR al-Tabrani)

7. Hendaklah kita sentiasa berhati-hati di zaman fitnah ini. Jangan mudah terikut rentak munafiq silam yang menggunakan fitnah untuk kepentingan mereka. Contohi sikap sahabat Nabi.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Leave a Reply

Open chat