SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Setan Mana Kacau Solat Korang ?

Setan Mana Kacau Solat Korang ?

SETAN BETUL!

Korang pernah tak dalam solat tiba2 lost…eh ni rakaat ke brp eh😅. Atau pun masa mulut terkumat kamit baca fatihah tapi dalam kepala terbayang lauk apa nak masak, sale kat shopee dan macam2 la benda2 yg xde kaitan. Siap bole teringat benda2 yg dah bertahun dah dilupakan. Terjadi zaman uni dulu kot benda tu.

Rupanya inilah kerja syaitan bernama khanzab. Ye memang setan betul si khanzab ni Kan. Dia tahu bahawa Solat adalah ibadah yang paling tinggi untuk menentukan posisi seseorang hamba di akhirat kelak. Jika solatnya baik, maka baiklah nilai amal yang lain, begitu pula sebaliknya. Jadi dia memang purposely nak suruh solat Kita berterabur maka adalah geng dia nanti. Khanzab ni bukan sekarang je baru muncul dari dulu dah ada.

Utsman bin Abi al-‘Ash pernah mengadukan kepada Rasulullah SAW tentang setan yang menggoda-menghalanginya ketika solat, dan Rasulullah SAW pun bersabda:

“Itulah setan yang bernama Khanzab; jika engkau merasakannya, mohonlah perlindungan Allah daripadanya (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) dan meludah kecillah ke arah kirimu tiga kali. “Aku lalu mengamalkannya;” kata Utsman, “dan Allah pun menghilangkannya dariku.” (HR Muslim)

Semoga solat Kita bertambah khusyuk lepas ni & doa banyak2 supaya Allah peliharan Dari gangguan si khanzab ni.

#iReachSAVERS

Leave a Reply