SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Salah Faham Tentang Masalah Kewangan

Salah Faham Tentang Masalah Kewangan

Masalah Kewangan?
================

Masalah kewangan bukan kerana awak beli benda yang awak tak mampu beli. Kerana perasan mampu la awak akan jadi macam tu.

Contoh:

1. Dah ada henpon masih elok berfungsi. Gatai pungkoq nak beli henpon baru. Kononnya nak la gambaq raya nanti sempoi guna henpon canggih.

2. Dah elok pakai kereta yang bulan-bulan bayar sikit. Duk gila nak melaram pakai keta baru. Orang puji hang paling lama pun 6 bulan je la. 9 tahun ko gaduh laki bini pasai poket kering, kereta nak kena tarik.

Perasan Mampu
*****************

Kalau hang betoi-betoi mampu tak pa. Kalau memang kaya raya, lantak hang la. Hat tak berapa nak kaya tapi perasan mampu ni la yang payah.

Kalau tak menyusahkan orang tak pa la. Yuran sekolah anak, yuran kejiranan, maintenance fee ko tak bayaq. Pastu hingaq awat sampah tak kutip, lif tak baiki, blok bangunan tak cat baru, rumput lalang keliling taman perumahan. Toksah harap la nak sampai level gated n guarded.

Nak raya ni tengok la. Ramai yang lupa tentang hidup selepas raya. Dok perabih untuk raya. Tolong jangan jadikan raya punca masalah kewangan famili ye.

Tak payah nak buktikan awak tu berjaya dengan tayang rumah, kereta, gajet tu masa raya. Bukan yang puji tu yang bayaq.

Mampu ka perasan mampu?

#PesananSebelumShoppingRaya

Leave a Reply

Open chat