SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Rezeki Allah Bagi, Sesuai Dan Tepat Pada Masanya

Rezeki Allah Bagi, Sesuai Dan Tepat Pada Masanya

Dulu sewaktu aku sibuk cari job.. job tak masuk.. skrg aku dah kerja, job plak masuk, terpaksalah tolak sbb dh ada komitmen tugas.. Ingatkan nak sub kat geng kkwp, tapi owner tak nak, sbb dia ada partner sorang lagi boleh ambik alih job tu.. job kecik ja, standard rega lantai kkwp jer.. hihi..

Teringat aku dulu².. sewaktu bekerja di koop, pernah kami dpt job 7 angka, dah award kat koperasi aku kerja dulu.. tiba² disemak semula oleh customer & principal kerana ada syarikat lain lebih berhak ikut agreement lain dgn customer.. kami siap refer lawyer utk fight, tapi lawyer pun advice tak yah lawan, sbb principal tak nak kasi job tu kat kami utk nak jaga relationship antara anchor agent (tender insurans am).. huhu..

Kes kat atas tu.. dah kira dah masuk tekak nak telan, tapi kena muntah balik.. sbb bukan rezeki kami.. dugaan oh dugaan.. nasib baik BOD aku sporting dan akur dgn kes itu..

Nak habaq mai.. rezeki tu milik Allah.. kita cari, Dia kasi, kadang² kita cari, Dia tak kasi.. sbb belum sampai masa & ketika.. sebab ada org lain yg lebih layak menerimanya.. Dialah Yg Maha Mengetahui..

Dan nak habaq mai juga, rezeki tu bukan wang ringgit shj.. sihat tubuh badan.. rezeki, masa lapang.. rezeki, ada anak ramai.. rezeki, ada bini byk pun rezeki, dpt bini lawa pun rezeki, dpt partner/boss baik pun rezeki, dpt staf rajin pun rezeki, kita bijak kepala otak, rezeki.. kita belanja org, org belanja kita pun rezeki.. dpt tidur nyenyak, rezeki.. dan ingatlah.. O² yg kita sedut skrg ni pun rezeki.. Rezeki itu Maha Luas, selagi ianya tidak memudaratkan.. itulah rezeki..

Tetiba teringat aku dgn dunia FB.. lama juga aku berkelana dgn tugasan baru, sampai tak sempat jengah kawan² kat media sosial.. Maafkan lah aku..

Moga rezeki kita semua dipermudahkan Allah SWT.. Insha Allah.. Aamiin..

Leave a Reply