SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Rahsia Orang Berjaya – Ada Persamaan Rupanya

Rahsia Orang Berjaya – Ada Persamaan Rupanya

Rahsia orang berjaya?

Saya pun tak tahu apa formula sebenar.

Saya cuma perasan, ada pattern yang sama di kalangan orang berjaya.

Pattern ini biasa dipanggil sebagai ‘mental toughness’.

Dalam bahasa Melayu: Ketahanan mental.

Banyak perkara yang saya setuju dengan pattern di atas.

.

Orang yang berjaya, tak semestinya ada strategi dan taktikal dan terbaik.

Malah, ada di antar mereka mempunyai strategi yang tidak jelas dan sering bertukar-tukar mengikut keadaan semasa.

Tetapi mereka terus berjuang.

Itu dinamakan keupayaan mental yang kukuh.

.

Bagi strategi dan taktik yang paling power di muka bumi, tapi jika seseorang itu tidak ada keupayaan mental yang kuat…

Mereka tetap gagal.

Mental toughness breed successful people.

Kita selalu dengar orang cakap,

“Nak bina kejayaan dalam hidup, ubah mindset.”

Nasihat di atas paling bahaya sebenarnya.

Nak ubah mindset kepada apa?

Mindset yang macam mana?

.

Di sini pentingnya mental toughness.

Okay. Next question.

“Macam mana saya nak develop mental toughness dalam kehidupan?”

Ini jawapan yang saya pinjam dari Tony Robbins.

“Clarity is the ultimate certainty.”

Bila kita jelas dengan tujuan hidup kita, kita tahu kita hidup untuk bagi manfaat apa dan untuk siapa, di situ bermulanya perjalanan mental toughness.

Mental toughness susah berlaku jika kita tak ada hala tuju hidup yang jelas.

Orang yang ada mental toughness, letak mereka kat mana-mana, mereka boleh hidup dan bina sesuatu yang orang anggap mustahil.

.

Mula develop mental toughness dalam kehidupan kita.

Semua ujian yang berlaku dalam hidup, itu adalah proses untuk membina mental toughness.

– Aqif Azizan

Leave a Reply

Open chat