SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Rahsia Kejayaan Filem One Two Jaga

Rahsia Kejayaan Filem One Two Jaga

“Berkerja bersama saya bukan berkerja untuk saya”. Itu yang saya katakan sebelum penggambaran bermula. Dan, itulah resepi kejayaan One Two Jaga.

Tanpa skrip yang baik tiada filem yang baik dapat dihasilkan. Tanpa kerjasama dari Ayam Fared, Amri Rohayat, Mohd Syafiq dan Pitt Hanif One Two Jaga takan menjadi filem terbaik.

Bersyukur juga saya dapat berkerja bersama DoP Helmi Yusof, Art Director Mazlan Zulkifli, Make up Kit dan Sherry, Sound Henry, semua krew dan stunt team.

Para Pelakon yang memberi zat dan nafas watak menghidupkan cerita. Sekecil-kecil watak hingga yang utama semuanya memberi dan menerima seikhlas rasa.

A.Samad Hassan, Naim, KlPost, Sound, muzik dan online post semua yang terlibat dengan post production you all superb

Razaisyam adalah watak penting kejayaan One Two Jaga potongannya memberi rentak pada penceritaan ketika kami hampir kehilangan rentak.

Jezzy Picture Ms Joanne terima kasih kerana percaya dan yang pastinya tanpa komitmen dari produser Bront Palarae (dibelakangnya Mem Rozi dan Awan) yang berkerja keras bagi mencapai impian semua orang One Two Jaga takan menemui kita.

Terima kasih pada PDRM, FINAS dan LPF yang meluluskan skrip, pengambaran dan tayangan. Serta para Juri yang percaya pada karya ini.

Tanpa komitmen semua yang terlibat tiada filem One Two Jaga. Terima kasih semua. Kemenangan ini milik kita bersama. Tiada “aku” yang ada hanya “kita”.

P/s Terima kasih kepada yang memberi ucapan tahniah tanpa henti. Semoga industri filem kita terus berkembang.

Leave a Reply

Open chat