SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

PPSMI Sudah Kembali Di Sarawak ? Memang Akan Gagal ?

PPSMI Sudah Kembali Di Sarawak ? Memang Akan Gagal ?

Subjek Sains dan Matematik mula diajarkan di Sarawak dengan menggunakan bahasa Inggeris. Adakah murid-murid dan guru-guru di sana bersedia? Bahasa Kebangsaan pun belum dikuasai sepenuhnya kerana pengaruh bahasa daerah yang begitu pekat dan kuat. Adakah percaturan ini betul dan sesuai dengan keadaan geografi dan sosiologinya?

Dari awal, kita sudah mengetahui bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik kian mantap selepas pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2012. Luka lama yang mungkin akan berdarah kembali ini bukan sahaja memalapkan cahaya kegemilangan bahasa kebangsaan tetapi juga menggores hati pejuang bahasa kebangsaan.

Kajian demi kajian dan penyelidikan demi penyelidian sudah membuktikan bahawa PPSMI gagal memenuhi hasrat dasar pendidikan negara kerana pelbagai kekangan. Janganlah terus memangsakan guru dan murid atas dasar mencari kejayaan yang masih jauh. Tidak salah memasang impian tetapi biarlah berpadan dengan kemampuan, kemudahan, dan kebersediaan tenaga pengajar dan murid yang bakal dieksperimenkan.

Demikian pendapat hamba yang menyokong penolakan PPSMI.

Leave a Reply

Open chat