SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Pokok Jambu Yang Membawa Rahmat

Pokok Jambu Yang Membawa Rahmat

26 June 2018 saya ada share tentang pokok jambu air saya ….melalui iham Allah beri ; selepas mana saya letak vitamin…dengan IZIN Allah pokok yang semua daunnya gugur hidup kembali.

Suami saya usaha pasangkan getah air yang mana melalui timer pokok ini akan disiram mengikut masa yang ditetapkan setiap hari.

Alhamdulillah dengan izin Allah hari ini pokok ini berbunga dengan sangat lebat. Tapi sampai bila usia pokok ini, menjadi rahsia Allah yang Maha Mengetahui.

Sebenarnya dalam hidup kita perlu ada keyakinan dalam berdoa, beramal dan berusaha. Tiada yang mustahil dengan izin dan pertolongan Allah.

Paling utama jangan putus asa dan jangan putus harap pada rahmat Allah kerana sesungguhnya Dia , ALLAH maha penyayang dan maha pemurah.

Leave a Reply