SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Perlumbaan Arnab Dengan Kura-Kura

Perlumbaan Arnab Dengan Kura-Kura

Tiba2 teringat kisah perlumbaan Arnab dan Kura2. Semoga ada yang baca dan renungkan walaupun mungkin tiada kaitan dengan isu siapa lari lebih laju antara menteri dan DBP. ITBM atau Poslaju..

PERLUMBAAN ARNAB DENGAN KURA-KURA
Hampir semua orang tahu kisah ini
Arnab dan kura-kura berlumba lari
Dan semua orang terperanjat
Bila kura-kura sampai dahulu
Di garis penamat.

Tapi kata si arnab
Aku sengaja memilih kekalahan
Walau aku sedar aku akan diketawakan

Cuba kau bayangkan
bagaimana kalau aku menang
adakah kemenanganku akan dijulang
Aku pasti mereka juga akan ketawa
Tindakan berlumba dengan kura-kura
Aku boleh memecut
Sedangkan kura-kura hanya mengesot
Selangkah demi selangkah.

Di mana harga kemenangan
Bersaing dengan yang lemah
Apa maknanya menjadi juara
Andai melawan yang tidak setara.
Nah sekarang setelah aku kecundang
Dan kura-kura menang
Mereka terus berbincang
Semakin arif tentang erti lalai dan leka
Dan padah sebuah kesombongan.

Sebenarnya aku sengaja membiarkan kura-kura
sampai dahulu ke garis penamat
supaya cerita ini akan diingat
Dan lebih bermanfaat.

Leave a Reply

Open chat