SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Pergi Bazar Masak Sendiri Pilihan Kita

Pergi Bazar Masak Sendiri Pilihan Kita

Sebenarnya tidak membeli makanan di bazar, bukanlah sesuatu yang membanggakan jika kau mampu masak sendiri di rumah.

Ada orang tak sempat masak.

Ada orang tak mampu masak sesetengah menu.

Ada orang mengembalikan kenangan dengan makanan yang dijual di bazar.

Indikator ‘baguslah dia sebab tidak membazir beli makanan di bazar’ bukan bergantung kepada dia sempat dan hebat memasak.

Yang dikatakan hebat ialah tidak membazir makanan sama ada yang dia masak sendiri atau beli di bazar.

Aneh sekali terdengar perbualan seseorang di stesen minyak semalam, yang memuji kawannya hebat sebab belum sekali pun ke bazar sepanjang Ramadan ini. Apa hebatnya?

Pi bazar ialah pilihan!

Dan setiap orang ada sebab untuk beli atau tidak.

*Sekali sahaja ke bazar Ramadan ini sebab nak jimat duit. Sendiri sejenis rambang mata. 😂

#diarimakmak

Leave a Reply