SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Operasi Banteras Lumba Haram PDRM Kubang Pasu

Operasi Banteras Lumba Haram PDRM Kubang Pasu

“Kaki pun tak sampai lagi dik”

Bertindak atas aduan awam sepasukan unit risikan khas Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik(BSPT) IPD Kubang Pasu di ketuai Insp Wan Mazuan bersama anggota (BSPT) IPD Kubang Pasu dan anggota Balai Polis Air Hitam telah mengempur ‘pot’ hadapan Kompleks Sukan Jerlun Kg.Sanglang Kedah yang di jadikan litar lumba hampir setiap petang.

Hasil pemantauan oleh Unit Risikan Khas BSPT IPD Kubang Pasu di kawasan tersebut dapati terdapat beberapa orang penunggang m/sikal di bawah umur yang di lihat kakinya masih tergapai-gapai ketika memberhentikan m/sikal turut sama membuat aksi dan lagak ngeri menunggang m/sikal dengan cara merbahaya tanpa mempedulikan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Hasil operasi khas yang di jalankan pada petang tadi pihak polis telah menyita sebanyak (9) buah m/sikal dan mengeluarkan sebanyak (92) saman atas pelbagai kesalahan lalulintas.

Pihak polis juga ingin menasihati ibu bapa atau waris agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama yang masih di bawah umur supaya mereka tidak menunggang m/sikal di jalanraya. Tindakan undang-undang juga boleh di ambil kepada pemilik m/sikal yang membenarkan penunggang dibawah umur menunggang m/sikal milik mereka.

#KubangPasuBebasLumbaHaram
#TunggangMacamPelesitJatuhDapatSakit
#TunggangCaraSelamatSemuaOrangHormat

Leave a Reply

Open chat