SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Nasib Warga Kota Bayar Hutang Sampai Mati

Nasib Warga Kota Bayar Hutang Sampai Mati

Beginilah nasib kita warga marhaen..menghabiskan sisa sisa hidup di Kuala Lumpur dengan bekerja, membayar bil bil dan hutang..hutang yang sampai matipun tak habis bayar.. contohnya rumah

Subuh lagi kita lihat betapa strugglenya para warga dalam meneruskan kehidupan..

Biasanya suami isteri bekerja.. sebelum kerja, hantar anak anak ke rumah pengasuh..and it’s not free!

Segalanya kos..sekurang kurangnya income perlu cecah RM 3.5k sebulan untuk keselesaan yang paling minimum..

Segelintir warga bernasib baik, seorang kawan, dia jual rumah orang tuanya di Jalan Enggang, Keramat dengan harga RM 500k, kemudian beli rumah di Klang dengan harga RM 100k lebih dan tinggal di sana bersama orang tuanya.

Atau mereka mereka yang memang beranak di Kuala Lumpur atau Selangor

Kalau macam kita ni warga yang merantau dari kampung..memang tough le sikit

Benda paling asas adalah harga rumah..sewa mahupun beli..

Kadar sewa bulanan pula RM 1k keatas.. untuk 3 bilik.

Walaupun kerajaan bertukar, masalahnya tetap sama..tak payah nak janji bulan bintang..

Inilah beban yang perlu kita hadap sepanjang kita bergelar warga kota yang tinggal di Kuala Lumpur

Leave a Reply