SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Nak tunggu Orang Suap ? Jangan Harap !!!

Nak tunggu Orang Suap ? Jangan Harap !!!

Motivasi : Nak tunggu orang bagi atau nak cari sendiri?
======================================

Saya faham jaman nau jaman teknologi. Kalau boleh semua nak main picit picit terus tertonggok depan mata. Saya maklum zaman sekarang semua nak cepat dan pantas. Kalau boleh beli online bayau hari ni, hari ni jugak barang sampai.

Tapi saya bukan nak cerita tentang material atau barangan. Tapi nak sentuh sikit tentang emosi dan memikiran manusia jaman nau. Semoga siapa yang membaca dan terbaca mendapat manfaat dan juga berfikir sejenak terutama mereka yang katanya di dalam dunia “berniaga”.

Salah satu kekuatan orang berniaga ialah mereka menpunyai jiwa yang kental. Serius, kalau jatuh bagaimana terguling pun jika darah yang mengalir dalam badan mereka sangat menjiwai bidang ini, mereka akan bangkit untuk terus mencuba. Tiada istilah “give up”.

Sebab itu berniaga membentuk peribadi dan jati diri. Jika baru diuji dan dah give up, mereka bukan berjiwa peniaga. Kerana setiap ujian dan cabaran yang Allah berikan itu sebenarnya satu pelajaran utk mereka berfikir lebih kreatif dan bangkit teruskan dengan belajar dari kesilapan dulu.

Down sekejap tu biasalah, semua orang pun akan rasa down…tapi bagaimana kita atasi rasa down dan rasa nak give up itulah sebenarnya pelajaran yang sedang kita belajar tanpa kita sedar…

“Macammana nak bangkit kalau takde orang pun nak bagi motivasi, nak pujuk kasi semangat balik…lama lama semangat yang ada ni pun semakin hanyut”….

Helo!…kenapa nak harapkan orang bagi motivasi, bagi semangat? Ko hidup atas semangat orang ke? Ko hidup atas belas kasihan orang ke? kalau ya, sampai bila bila la ko takkan maju. Jangan jadi minda subsidi. Tunggu orang bagi baru nak jalan. Orang tak bagi, sampai bila bila hidup dok mengata belakang mohon orang pandang dan kesian….

Sebagai peniaga, kenalah pandai bawa diri. Own your bisnes, bentuk ia mengikut acuan yang kita inginkan. Bukan orang lain yang datang bentuk bisnes kita. Kena ada sifat ingin belajar dan jika tersalah, bangkit semula dengan lebih semangat. Dan satu lagi. Jangan biasa salahkan orang lain bila kita sendiri tak maju, bila kita sendiri yang tak bermotivasi.

Motivasi boleh dapat dari mana mana. Yang penting kenalah tahu circle kita siapa. kat Youtube pun banyak sgt video video motivasi, group group bisnes lagilah melambak lambak kat fb…sifu- sifu bisnes online offline ishhh byk sangat…

Dalam GMF pun kita ada circle yang sentiasa bermotivasi dalam bisnes. Nak atau tak jer sebenarnya kita bercampur dan bergaul dengan circle positif. Itu bestnya bisnes Shaklee sebab kita ada group yang saling support bagi mereka yang nak sungguh sungguh bisnes.

Jadi, kesimpulannya motivasi itu kena cari. kita tak boleh tunggu ia datang berguling kat kaki kita. Orang berniaga memang sangat perlu motivasi untuk jadi lebih maju. Yang paling penting kalau nak motivasi…kena keep learning…

stop complaint and keep learning…

#mentorbisnesanda
#shakleeisthebestbussines
#GMFbussinespartners

Leave a Reply