SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Nabi Yusof vs Nabi Muhammad – Siapa Lagi Hensem ?

Nabi Yusof vs Nabi Muhammad – Siapa Lagi Hensem ?

Siapa lebih hensem?

.

Antara Nabi Yusuf dgn Nabi Muhammad.

Mengikut Ustaz Nazmi Karim dalam video beliau ni —>>> https://youtu.be/oQ07etYLPmw

“Kehenseman Nabi Muhammad tidak menimbulkan fitnah macam Nabi Yusuf. Nabi Yusof tu hensem tp menimbulkan fitnah, Nabi Muhammad hensem… kalau orang perempuan tengok, mungkin timbul juga perasaan nak buat suami tapi tak sekuat macam Nabi Yusuf.

Orang perempuan tengok (Nabi Muhammad) macam sayang anak dengan ayah..gitulah kesayangan seorang pemimpin, sayang kepada nabi macam tu. Bukan tiada perasaan ‘kalau lah aku jadi bini nabi untungnya aku’..bukan tiada rasa macam tu tapi tidak sedahsyat Nabi Yusuf”

Nabi Yusuf ni dia orang Mesir. Nabi Muhammas org Saudi. Hensem gaya org Mesir beza dgn hensem gaya org Saudi.

Orang Mesir ni contoh Mohamed Salah yang main bola dgn Liverpool tu. Orang Saudi tu Hassan Jameel boyfriend Rihanna. Hensem gaya berbeza.

Nabi Muhammad ni bila tengok wajah dia jatuh kasih, sepertimana Husen bin Salam, pendeta Yahudi di Madinah, first time tgk wajah Nabi Muhammad dia terus memeluk Islam.

Entah kenapa pagi ni rasa rindu sangat dgn Rasulullah. Nak sangat ikut contoh Baginda, cool aje dlm apa jua keadaan pun.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

Leave a Reply

Open chat