SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Mufti Wilayah Suruh Alumni Metamorphosis Bertaubat ?

Mufti Wilayah Suruh Alumni Metamorphosis Bertaubat ?

Apabila Dato’ Mufti bersuara, penuh dengan ilmu dan hikmah..Satu persatu diulas dengan teliti beserta dalilnya. Semoga semua dapat terima dgn hati terbuka..
.
“Setelah meneliti apa yang telah diajarkan oleh motivator ini dalam Seminar Metamorphosis sebelum ini termasuk dalam Facebook dan video-video beliau serta pengakuan beliau sendiri, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 26 September 2019 telah memutuskan bahawa:

1) Masalah-masalah yang telah disenaraikan di atas adalah bercanggah dengan Syariat Islam. Peringatan ini juga adalah untuk mana-mana individu mahupun penganjur mana-mana seminar lain yang menjalankan bentuk modul yang serupa atau hampir serupa.

2) Kami juga menyeru semua alumni Metamorphosis yang masih berpegang kepada perkara-perkara di atas untuk bertaubat dan meninggalkan terus amalan dan kepercayaan tersebut. Dalam masa yang sama, kami menasihati umat Islam untuk mempelajari apa jua ilmu daripada sumber yang berautoriti.

3) Setiap apa yang dipelajari berkaitan agama, perlulah daripada individu yang berkelayakan, memiliki manhaj ilmu yang betul dan mempunyai tauliah mengajar agama seperti yang termaktub dalam peruntukan undang-undang.

4) Penganjur perlu membuat penjelasan terbuka berkenaan modul-modul yang bermasalah dan bercanggah dengan Syariat Islam kepada alumni Metamorphosis.

5) Kami menyeru umat Islam untuk tidak mudah memberikan label kepada beliau atas kekhilafan ini kerana ini kemungkinan besar silibus Metamorphosis disusun secara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak berwajib terlebih dahulu. ”

SAHIBUS SAMAHAH DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Leave a Reply

Open chat