MOTIVASI DIRI BERSAMA LIYA. CARA JADI JUTAWAN DUNIA JUTAWAN AKHIRAT

MOTIVASI DIRI BERSAMA LIYA. CARA JADI JUTAWAN DUNIA JUTAWAN AKHIRAT

BAGAIMANA MENJADI JUTAWAN DUNIA & AKHIRAT

Kupasan Live Ustaz Hakim Mohd Nor & Tuan Abdul Basit

“Basit, Allah saayaaang! Bila orang buat aniaya kat kita, dia tak akan senang dan kamu tak akan susah!” – Walid Basit.

Kata-kata ini diucapkan oleh ayah Tuan Basit saat kali pertama TAB sujud di kaki abuyanya memohon ampun dan maaf. Menyesali kealpaan & kekhilafan berdendam dengan ayah sendiri selama ini. Momen berdamai dengan abuya ni memang sangat sedih takleh nak gambarkan. Nanti Liya kongsikan dalam entry lain.

Sepanjang 1 jam 7 minit live session UHMN & TAB, ayat abuya TAB memang terngiang-ngiang di fikiran. Panjang sharing, banyak ilmu mahal sampai melimpah-limpah. So, Liya kongsikan kepada semua dalam bentuk penulisan.

Sesiapa yang belum follow Tuan Basit, follow beliau sekarang. Multi billionaire, pemilik Byond Success bersama Tuan Malik Hairuddin. Sila ingat dua nama hebat ni. Ustaz Hakim of course tak yah perkenalkan lagi kan? Hahaha (gelak gaya ustaz Avengers ?)

UHMN decode teknik padu yang Tuan Basit kongsikan sepanjang live:

1. NIAT untuk tolong orang lain dahulu. Allah akan lorongkan jalan dengan mudah.

2. Letakkan MINDSET untuk kayakan orang lain.

3. Berbuat baik / raikan ibu ayah & pasangan.

4. Kalau jadi majikan, niatkan untuk beri gaji yang banyak kepada staff.

5. Nak jadi jutawan akhirat, kena jadi jutawan dunia dahulu.

6. Bila niat salah, akan dapat apa nak tapi cepat jatuh.

7. Start dengan doa, bukan bila stuck baru doa.

8. Syurga dunia dah ada dalam rumah kita.

9. Rezeki bukan sekadar duit, rezeki lebih daripada itu. Syukur!

Kata-kata & amanah Tuan Abdul Basit yang wajib kita pegang:

1. Kita nak kaya, bukan isu berapa banyak yang kita ada, tetapi berapa banyak YANG KITA BOLEH BERI.

2. Jutawan akhirat akan jadi mudah bila jadi jutawan dunia.

3. Orang banyak sedekah punya peluang luas masuk syurga Allah.

4. Allah akan bagi kepada orang yang niat untuk orang lain, Allah akan TANGGUH jika niat untuk diri sendiri sahaja.

5. Hidup kalau perkataan ‘aku/saya’ lebih banyak, kita tak akan ke mana.

6. Ubah cara doa / mintak “Ya Allah, aku nak kaya SEBAB aku nak kayakan ummahku, untuk jemaahku, untuk Islamku!”

7. Bila diuji, Allah sedang pandang kita. Bila kita tengok atas, kita kagum dengan manusia, bila kita sujud pandang ke bawah, kita ingat Allah dan ingat diri kita yang dulu.

8. Kalau ada mak ayah, gembirakan & raikan mereka.

9. Bila kita faham konsep rezeki, rezeki akan datang mencurah-curah bagai air hujan.

10. Syurga itu lebih mudah bila jadi orang kaya yang bertaqwa di dunia.

11. Dunia dan akhirat akan DAPAT untuk orang yang NAK & SEDAR bila perlu cari ilmu.

12. Kalau di dunia kita berjaya, sebab Allah, kalau kita terus sebab kita PILIH jadi teruk. Salah kita.

13. Hidup ni ibarat bola yang melantun, kita perlu hentaman yang lagi kuat untuk melantun lebih tinggi.

14. Kita naik sebab Allah, kita jatuh SEBAB KITA!

15. Bila kita cari Tuhan, Tuhan cari kita.

16. Kunci kejayaan anak lelaki ada pada redha mak ayah. Kunci isteri ada pada redha suami.

17. Allah bukan tengok apa yang kita minta, Allah nak tengok USAHA sebelum kita minta.

18. Kita usaha dengan BERI APA YANG ADA. Then tawakkal.

19. Soal rezeki, akal takleh pakai. Itu kerja Allah. Usaha tu KERJA KITA.

20. Allah akan bagi bukan WAKTU KITA NAK, tapi Allah bagi WAKTU KITA BERSEDIA.

Sebelum habis sesi live, Ustaz Hakim minta Tuan Basit kongsikan 3 BUAH PENTING UNTUK JADI JUTAWAN. So ada 3 task yang semua orang boleh buat;

1. Layari Byondgodotcom untuk dengar beratus video tentang bisnes.

2. Belajar untuk berkongsi ilmu yang dapat dengan orang lain.

3. Upgrade kawan/ circle. “Siapa kita hari ini ditentukan oleh kawan kita 5 tahun lepas dan siapa kita pada masa 5 tahun akan datang ditentukan oleh siapa kawan kita sekarang!”

Peribadi mulia Tuan Basit terserlah melalui tindak tanduk beliau saat diuji jatuh melingkup rugi berjuta-juta pada tahun 2014. Ada pada ayat ini,

“ Ya Allah bantu aku Ya Allah. Bagilah aku peluang sekali lagi untuk aku bantu orang ini, untuk aku ubah hidup orang ini!”

Beliau yang nak dibantu itu ialah Tuan Malik Hairuddin, partner bisnes beliau sekarang dalam Byond Success.

So Byond Success bermula dari kisah ini. Anda kena ingat part ni. Sebab, Liya akan kongsikan cerita penuhnya nanti ☺️

Jom semua. Kita niat & usaha untuk jadi jutawan dunia jutawan akhirat!

Daliya Mat Dari,

019-9590635

Kongsi ilmu kongsi kasih sayang.

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: