MOTIVASI DIRI BERSAMA LIYA. APA NAK BUAT BILA DOWN?

MOTIVASI DIRI BERSAMA LIYA. APA NAK BUAT BILA DOWN?

APA NAK BUAT BILA DOWN?

Tadi dalam kereta Liya dengar live sharing daripada Ustaz Hakim Mohd Nor. Feel sungguh. Ilmu yang UHMN share sama dengan ilmu yang Liya belajar dengan TAR. Tuan guru yang sama. Tapi UHMN maju ke depan sebab join #grouplelakisoleh. Hehe.

So dalam live UHMN share macam mana nak buat bila kita rasa down. Liya kongsi balik dalam bentuk penulisan.

Gini, kadang-kadang dalam hidup ni, kita rasa kita dah buat benda betul. Tapi rupanya ada je orang yang tak setuju malah condemn apa yang kita buat. Esh esh esh mengundang betul kan? Of course kita rasa marah, sedih dan terkesan dengan tindakan orang tu.

Contoh, kita as pekerja dah buat sehabis baik, siapkan kerja sampai stay back malam-malam, tapi bila submit kat boss, dia terus hempas atas meja, kutuk sana sini, cakap salah itu tak kena ini. Satu pun takde credit, pujian jauh sekali. Huh ?.

Kita pun dengan emosi tak balance, terjangkit jadi marah. Lagi teruk, terus rasa down. Jadi down sebab benda kita expect tak dapat. Expect dapat pujian, tapi dapat maki. Haha. Tengah marah tu, kita pun confront balik dengan bos. Tanya apa yang tak kena. Soal apa yang salah. Habaq mai sini (sambil singsing lengan ?). Kan?

So, yang jadi pada kita, kita jadi makin tak tenteram. Marah menjadi-jadi. Melepus bagai asap. Sebab? Kita buat benda tak betul. Kita ‘hold’ marah, dendam & rasa tak puas hati tu lama-lama. Seharian kita boleh jadi mereng.

Analoginya, kita pegang satu kotak tisu. Pegang lama-lama taknak lepas. Mungkin 5 minit, sejam atau sehari terus! Sayang nak lepas. Tak bersedia katanya. Apa jadi? Tangan jadi lenguh kan? Bukan sebab kotak tisu tu. Dia ringan saja. Its about ourself. Kita yang nak pegang benda tu lama-lama.

So, apa kita perlu buat? UHMN share beberapa step;

1. Always go for your circle. Cari sahabat positif kita. Yang always support, faham & ada matlamat yang sama dengan kita.

2. Be yourself. Appreciate diri sendiri. Orang yang tak suka apa kita buat (pada kita dah betul), itu masalah dia. Bukan masalah kita. Orang itu yang bermasalah sebenarnya.

TAR juga selalu remind, “Dalam hidup ni, bila kita nak berubah kepada lebih baik, there is always ada orang yang akan tarik kita kepada diri kita yang lama”.

3. Jangan cuba buktikan apa yang kita buat tu betul pada orang tu. Itu desperation namanya. Kita jadi lebih tak tenteram.

Key point, Ustaz Avengers pesan lagi;

1. Buat meditasi- Duduk diam dengan posture yang betul, pejam mata dan meditate. Tenangkan fikiran. Bila UHMN pesan ni, Liya teringat kata-kata TAR, “When you are not seeing, you are beyond seeing!” Betul sangatt laaa benda ni weiiii ?.

2. Kawal pernafasan- Pejam mata, tarik nafas dengan betul. Caranya, tarik nafas panjang, kembungkan perut, kembangkan dada dan lepas nafas perlahan-lahan. Dapat buat teknik ni memang power. Liya belajar buat teknik bernafas ni masa kelas TAR. Benda ni pun nak kena belajar. Haha biar betul ?.

3. Buka mata & lihat apa di sekeliling

Macam UHMN share untuk point no #3, bila dia buka mata, dia nampak batu kat dinding. Lihat lebih dalam. Ada batu yang sama duk kat tanah, ada kat dinding. Ada batu lebih valuable lagi duk kat muzium jadi statue, jutaan manusia datang melawat. Ironinya, ada proses yang terjadi pada batu tu. Batu yang sama dari bukit yang sama dari pengukir yang sama. Bila ukir, batu yang tak tahan akan pecah, kena letak kat tempat dia tahan (tanah/lantai). Batu yang tahan bila diukir je yang jadi statue. Bertukar terus jadi most valuable! Nampak tak? Batu yang sama je pun!

Sama la dalam hidup ni, Allah uji untuk tengok ketahanan kita. Allah uji dengan sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim. Allah tak uji sia-sia. Jadi, kita kena tahan apa sahaja bad moment atau apa saja ujian sebab itu adalah anugerah Allah untuk letakkan kita di mana. Allah sedang pandang kita!

4. Cakap terima kasih & maafkan dia- Beri kasih sayang, beri pujian pada dia.

Untuk point no #4 ni, UHMN explain tentang cara nak balance power. Bila orang kutuk kita, cakap benda yang tak baik pada kita, jika kita lawan balik dengan kutuk dia balik, situasi tu jadi tak balance (inbalance power). So apa kita patut buat sebenarnya, kita cakap, “Terima kasih awak. Awak tegur saya. Saya seorang yang hebat. Sebab tu saya beri inspirasi pada awak untuk tegur saya!”

Ko rasa? Tak speechless orang tu. Haha. Kita beri credit pada dia, kita beri credit pada diri sendiri. Upward the mood state. Wahhh! Kalau kat bos kita cakap gini, maunya tak jadi dia marah kita, kan? Lol ?

As a conclusion, Allah hantar orang lain untuk kita jadi lebih baik. Ucap syukur & always be happy. Happiness bukan bergantung pada sesiapa, ia ada dalam diri kita. Find your happiness!

Dapat sesuatu?

Like dan share untuk beri lebih manfaat kepada lebih ramai orang.

Daliya Mat Dari

Berdamai dengan diri ❤️

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: