MOTIVASI BISNES BERSAMA LIYA. RAHSIA PENGUTIP SAMPAH MENJADI JUTAWAN.

MOTIVASI BISNES BERSAMA LIYA. RAHSIA PENGUTIP SAMPAH MENJADI JUTAWAN.

IBRAH KISAH SEORANG PENGUTIP SAMPAH KEPADA JUTAWAN KAYA RAYA.

“ Di akhirat, orang kaya paling lama dihisab tetapi penantian itu berbaloi jika akhirnya masuk syurga Allah Taala yang penuh kenikmatan, “ Tuan Azlan Al Amin.

Terinspirasi daripada kisah seorang yang bermula sebagai pengutip sampah dan kini menjadi jutawan, perjalanan hidup Tuan Azlan dikupas indah oleh Ustaz Hakim Mohd Nor dalam live sharing beliau. Terima kasih murobbi ❤️.

Mari kita telusuri apa yang Tuan Azlan lalukan sehingga beliau begitu banyak memberikan inspirasi kepada warga Besut khususnya dan kita semua umumnya. Allah! Liya terasa tempias kehebatan anak muda kelahiran Kampung Tok Raja. Jiran sekampung ohh ??.

Antara point penting yang Ustaz Hakim decode apa yang Tuan Azlan buat;

1. JAGA MINDSET

Tuan Azlan tetap terapkan dalam kepala yang apa pun yang berlaku dalam hidup beliau, (hidup susah dan adik-beradik ramai), beliau sentiasa percaya bahawa Allah sedang aturkan sebagai persediaan & perjalanan menjadi orang kaya. Perghh bukan calang-calang mindset ni.

2. INFAQ 50% DARIPADA PENDAPATAN

Beliau bermula dengan membantu mentornya berniaga. Bila dapat wang, Tuan Azlan gunakan hasil wang tu untuk sedekah/infaq. Berapa? Separuh daripada wang tu. Masha Allah! Dan sehinggalah beliau mampu mendapat komisyen sebanyak RM500 000 (setengah juta RM), beliau tetap meneruskan sebahagian wang tu untuk tujuan infaq. Apa jadi? Wang menjadi berganda-ganda. Rezeki tidak putus datang malah berlimpahan. Allah Allah Allah! Ilmu ini Tuan Azlan inspirasikan daripada Tuan Syeikh Mukhtar Bukhari.

Dalam hidup, langit tak sentiasa cerah. Mendung pasti datang sekali sekala beserta hujan sebelum pelangi indah muncul selepasnya. Begitu juga dengan perniagaan Tuan Azlan. Disebabkan tiada ilmu mengurus duit yang yang mantap, beliau menghadspi masalah dalam perniagaan. Dalam bisnes, ilmu buat duit dan ilmu urus duit benda yang berbeza. Beliau ditipu. Jatuh tersungkur.

Namun, beliau tidak berlama-lama melayan perasaan down. Apa beliau buat?

3. MENCARI MENTOR YANG TEPAT

Beliau bangkit dan mula mencari mentor. Mentor yang tepat. Beliau belajar ilmu pengurusan kewangan dan ilmu bisnes. Yang ini Liya sangat kagum sebab beliau ambil langkah yang tepat untuk bangkit daripada jatuh malah berusaha melantun lebih tinggi.

4. BERTENANG USAH PANIK

Teringat Liya sharing daripada Prof Muhaya, orang yang tenang sahaja akan sentiasa gembira dan bahagia. Tuan Azlan apply ilmu ini. Bila dalam fasa jatuh terduduk, beliau tidak cepat kalut, tidak terus panik. Beliau ambil langkah bertenang dan mula fikir apa perlu buat untuk terus bangkit. Hadapi realiti hidup walaupun pahit walaupun susah. Itulah mindset seorang jutawan.

5. BISNES DIVERSITY

Walaupun sudah berjaya dalam satu-satu bisnes. Tuan Azlan tidak duduk statik di situ. Bermula sebagai Pengurus Syarikat Ombak Murni, belaiu terus mempelbagaikan perniagaan dengan membuka peluang perniagaan lain-lain. Ini ilmu bisnes yang mahal ni. Bisnes diversity!

6. KEBERKATAN DARI ALLAH

Allahu. Point ini Liya paling kagum. Tuan Azlan bukan sahaja menjaga hubungan dengan manusia, malah menjaga keberkatan dengan Allah. Semakin kaya, semakin tunduk beliau kepada kekuasaan Allah. Belaiu terpandu supaya tidak terus lupa diri dan lalai. Itulah keberkatan yang hakiki bila kita utamakan Allah. Tuan Azlan sentiasa bangun tahajjud, baca Quran, solat Subuh di masjid dan tidak tinggal berjemaah di masjid tiap kali waktu solat. Allahu Akhbar!

7. UPGRATE GIVING INSTEAD OF UPGRADE LIFESTYLE

Kaya yang tidak melalaikan. Itulah Tuan Azlan. Tetap zuhud dan bertambah zuhud. Dengan wang jutaan ringgit, beliau tidap upgrade lifestyle, TETAPI memilih untu upgrade sedekah. Wang banyak dihabiskan untuk membina surau, pusat tahfiz, menaja asnaf dan bantu orang yang memerlukan. Whats a wonderful heart!

Kami yang mendengar sharing Ustaz Hakim pada petang itu terkesima dengan peribadi Tuan Azlan. Kisah Tuan Azlan secara halusnya menjadi asbab musabab untuk kita sama-sama berusaha improve diri, upgrade diri dan works for jutawan dunia untuk menjadi jutawan akhirat. Bila menjadi jutawan dunia, makan urusan menjadi jutawan akhirat lebih mudah. Amin!

Gambar credit to: Fb Puan Sabariah Abdullah.

Sebelum end live session, Ustaz Hakim share beberapa tips sebelum decide nak beli rumah;

1. Riki kejiranan dan persekitaran. Pilih persekitaran dan kejiranan yang baik.

2. Pilih rumah yang dekat dengan masjid. Kalau tempat tu belum ada masjid,

usahakan untuk bina surau atau masjid. Cari dan kumpul dana then bangunkan pusat ibadat tersebut.

Allahu. Banyak betul cara banyak betul tips untuk jadi kaya dan berjaya. Kaya di dunia kaya di akhirat. Dunia sebagai jambatan. Usaha sebabgai asbab.

Semoga sharing ini bermanfaat.

Daliya Mat Dari

Bangga sebagai anak Besut ❤️

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: