MENTOR BISNES. Penting atau perlu untuk bisnes MLM?

MENTOR BISNES. Penting atau perlu untuk bisnes MLM?

Bila sebut Mentor, pasti kita membayangkan seseorang yang menjadi ketua, memberi tunjuk ajar dan memandu seseorang mencapai apa sahaja tujuan yang dikehendaki. Macam Rancangan Mentor, Tunjuk Ajarku Sifu! Sebuah rancangan hiburan di mana penyanyi otai yang hebat akan membimbing penyanyi amatur dipanggil protege untuk menjuarai rancangan tersebut. Protege yang berbakat, rajin dan mengikuti nasihat serta tunjuk ajar mentor akan berpotensi untuk menjadi juara, mendapat ganjaran wang yang banyak dan menjadi penyanyi terkenal.

Perlu ke Mentor Untuk Bisnes?

What say you? Kalau Liya, of course wajib! Dalam bisnes MLM Shaklee terutamanya, mentor lah individu yang akan membantu kita menguasai permainan bisnes ini. Daripada bertatih sehingga kita mampu berdiri  membina empayar bisnes kita sendiri, malahan mentorlah yang menjadi tulang belakang kita. Apa sahaja masalah, hala tuju dan perkara yang perlu untuk bisnes MLM Shaklee, mentor yang terlebih dahulu kita rujuk dan bertanya.

Siapa Mentor Liya Dalam Bisnes MLM Shaklee?

Mentor Liya dalam bisnes ada beberapa orang. Namun, seorang ini sangat banyak jasanya kepada Liya. Beliau adalah upline master Liya sendiri iaitu, Master Zura Betty. Beliau merupakan founder Zero 2 Millionaire (Zi2M). Liya merupakan cicit beliau dalam susur galur di bawah Jutawan GLC Empire.

Gambar kenangan bersama Master Zura Betty semasa menghadiri Shaklee BLNC di Bandar Sunway, Februari 2019.

Alhamdulillah Master Zura Betty seorang yang sangat berpengalaman luas dengan bisnes MLM Shaklee. Merupakan bekas seorang peguam yang disegani. Senang membantu anak cucu cicit dan tidak lokek berkongsi segala ilmu dan pengetahuan sama ada dalam hal bismes atau hal kehidupan seharian. Sesuai dengan profil belaiu sebagai Ikon Wanita Berjaya dan Bahagia. Jika disusunkan kisah kejayaan beliau bersama Shaklee, pasti tidak tertulis dek entry ini. Cukuplah sekadar Liya katakan beliau hebat dan berjaya dengan bisnes ini. Malahan seorang Jutawan Shaklee.

Sempat bergambar semasa Seminar Master Cross Coaching (MCC 2.0). Master Zura Betty merupakan salah seorang speaker semasa seminar ini. 

Aktiviti Bersama Mentor

Zi2M & GLC Empire sentiasa bekerjasama mengadakan perjumpaan, perkongsian dan sesi mentoring. Bermula dengan aktiviti seperti inilah yang menyebabkan team kami kuat dan ukhwah sangat rapat. Jika tidak bersua muka, pasti ada sahaja sharing secara online. Sama ada di Facebook Group, Whatsapp Group, Personal Whatsapp atau pun Telegram Channel. Pendek kata kita dibela, dijaga, dipandu dan dipantau sentiasa untuk memastikan kami berada dalam circle yang betul dan bersemangat. Inilah nadi bisnes MLM Shaklee.

Perjumpaan bersama ahli keluarga Zi2M dan GLC Empire di Taman Tasik Shah Alam.

Sesi bertemu mata-makan-sembang-dan bincang hala tuju bisnes selepas kelas StartUp di Shaklee KL Branch.

Master Zura Betty tengah explain cara nak score trip Korea dan New Zealand for Shaklee Regional & International Incentive Trip 2020.

Harapan dan Impian Liya bersama Bisnes Shaklee.

Liya menjadikan Master Zura Betty sebagai idola kerana beliau merupakan ikon wanita berjaya dan bahagia. Doakan Liya terus semangat dan diberi kekuatan untuk menerajui empayar Darliya Group dan seterusnya menggapai segala impian. Membantu lebih ramai wanita terutama pelajar dan suri rumah sama-sama menjadi kaya dan berjaya dengan Shaklee. Amin!

Dengan bisnes MLM Shaklee, Liya sangat yakin kita boleh pergi jauh. Menggapai segala cita dan harapan. Biar harapan setinggi gunung sekalipun. Ini bukan impian, ia akan menjadi kenyataan. Percayalah.

Jom Sertai #ProjekBuatDuit Bersama Team Darliya Group.

Kepada sesiapa yang masih mencari-cari part time bisnes, cara nak cari duit lebih, cara nak selesaikan hutang piutang atau students U serta suri rumah yang nak jana income, Liya sangat alu-alukan anda menjadi #ProtegeDarliyaGroup.

Liya sangat bermotivasi dan dikelilingi mentor-mentor bisnes yang hebat dan akan guide anda untuk menjadi hebat seperti Liya. Trust me!

Hubungi Liya segera;

Liya 019-9590635

Follow Fb & Ig Liya: Daliya Mat Dari

Liya,

Your Business Mentor!

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: