SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Maksud Di Sebalik Kalimah Syahadah

Posting ini utk team saya…tp saya share juga utk org lain dpt manfaat..
.
.
.
.

Cuba lihat kalimah syahadah..

Laa Ilaha, ila Allah.

Tiada ‘tuhan’, melainkan Allah.

Satu kalimah yg simple, tapi sangat memberi impact, dan satu kalimah yang perjuangkan oleh Rasulullah.

Nak masuk Islam kena lafaz dulu kalimah syahadah, itulah pintu masuk pd Islam.

Dan inilh rukun Islam yang pertama, kemudian baru solat

Bila arahan solat turun masa sirah nabi? Sapa ingat?

Ok…solat turun masa israk mikraj kan.. Dan isra mikraj adalah selepas kewafatan Siti Khadijah.. Iaitu dalam tahun 10 kenabian.

Apa yg nabi buat sebelum itu?

Laa ilaha ila Allah, inilah yg rasulullah perjuang hampir sepanjang dakwah di Mekah, sebelum berhijrah ke Madinah dan baru turun arahan berpuasa dll.

Imbau balik sirah di mekah.. Mulanya dakwah secara sembunyi, salah yg diketahui dah Islam (sudah bersyahadah) akan diseksa.

Mmg penghuraian mengenai kalimah ini sangat panjang utk dibincangkan.

Tapi kita back to realiti, sejauh mana hati kita mengesakan Allah sebagai ilah kita sebenarnya.

Kita stuck berniaga… Kembali tak kepada Allah.
Kita ada masalah dengan suami, kita kembali tak kepada Allah.
Kita kerja gi kerja..adakah Allah sentiasa di hati kita
Duit kita berkurangan, mana kita lebih fikir…duit atau Allah.

Ini yang perlu dilakukan oleh kita, kalimah laa ilaha, ila Allah. Kita kena menidakkan semua tuhan lain, dan kita meletakkan allah sahaja dihati kita..
.
.
.
.
.

Tarik nafas, tahan lepaskan….lakukan sehingga anda tenang.

Ambik tangan anda, letak didada… Sebutkan Ya Allah.. Ya Allah berulang ulang kali…. Sampai anda tenang.

Ya allah, berikan cinta mu ya Allah, izinkan aku mecintai mu, ajarilah bagaimana aku ingin meletakkan setinggi kecintaan, hanya padamu sahaja

Di hati ku ini hanya ada Mu sahaja.. Tiada ilah lain yang boleh berada di hati ku..

Tarik nafas, tahan.. Lepaskan…
.
.
Lakukan selalu step ini, diri kita perlu di installkan dengan kalimah ini, agar kita lebih bahagia dan berjaya.

Solat la dengan khusyuk, merasskan kehadiran Allah, berzikirlah bukan di mulut, tapi rasa kebesaran Allah dihati, tilawah quran dengan merasakan kita sedang melafazkan ayat Allah..

Kembalilah kepada ruh yang tenang, bila semua jiwa jiwa team tasneem connected pada Allah, ruh ruh kita sendiri akan connected secara langsung. Bicara kita umpama satu wave dan satu rasa, semua akan bahagia bersama dengan semua yg sentiasa positif.

Sekiranya lebih ramai connected, nantikan tsunami Tasneem akan kembali semula!!

Leave a Reply

Open chat