SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Leadership Lever Sir Alex Ferguson

Leadership Lever Sir Alex Ferguson

Leadership

He scout
He hire
He fire

Sir Alex Ferguson, sosok manusia yang saya idolakan cara beliau manage team Manchester United

Keputusan yang dibuatnya banyak membawa impak besar pada team.

Terutamanya untuk player-player besar seperti David Beckham, Ronaldo dan Paul Pogba. Beliau yang scout talent mereka sejak belasan tahun. Beliau yang yakinkan ibubapa pemain-pemain ni untuk dibawa ke kem MU.

Kemudian beliau yang naikkan prestasi & reputasi mereka ini di persada bola sepak dunia, hingga pemain semua segan dengan beliau.

Beckham berkongsi, ada ketika beliau pernah gunting rambut ala mohawk. Namun bila masuk ke kem latihan, beliau akan gunakan snow cap untuk sorokkan dari SAF. Akhir sekali tiba 1 game, beliau nak masuk padang SAF perasan akan rambut Beckham tersebut. Ringkas saja arahan SAF, “Shave it now”. Sejak itu, Beckham gaya botak. Tiada lagi mohawk.

Namun apa saja berlaku yang boleh memudaratkan kem MU, SAF sendiri juga yang berani buat keputusan drastik untuk ‘buang’ mereka yang level superstar ini dari kem MU.

Selepas zaman Sir Matt Busby, tiada siapa berani sangkal zaman SAF adalah zaman kegemilangan MU yang mana prestasi beliau pasti mengigaui semua pengurus MU yang hadir selepas persaraan beliau, hingga hari ini.

#Legendary
#TomorrowStartsToday

Leave a Reply