SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Korey Wise, Kekal Positif Walaupun Dituduh Perogol , Diseksa Dalam Penjara

Korey Wise, Kekal Positif Walaupun Dituduh Perogol , Diseksa Dalam Penjara

Korey Wise, hanya kerana dia mahu temankan kawannya yang menjadi suspek merogol.

Akhirnya dia terpaksa menjalani hukuman paling berat. 13 tahun meringkuk di dalam penjara.

When They See Us, satu kisah benar yang diangkat menjadi filem.

Mereka cuma remaja lelaki yang usianya dalam 14-16 tahun. Mereka hanya sedikit nakal.

Cuma malam itu, nasib tidak menyebelahi mereka.

Malam yang sama telah berlaku satu kejadian rogol & cubaan membunuh yang dasyat.

Oleh kerana tiada suspek lain. Wise Korey & kawan-kawan yang berjalan-jalan di Central Park telah ditangkap secara rawak. Mereka di bawa ke NYPD & secara dipaksa untuk mengaku sebagai suspek.

Salah guna kuasa pihak polis berlaku semasa sesi soal siasat. Anak-anak dipukul, diugut & didera mental bertubi-tubi.

Tidak boleh makan langsung. Nak ke bilik air pun tidak boleh.

Polis janji jika mereka mengaku, mereka akan dibebaskan. And that is the only thing they want, to go home.

Pengakuan palsu dirakam. Anak-anak ini terjerat.

Oleh sebab umur mereka bawah 16 tahun, mereka ke penjara juvenil. Tapi tidak buat Korey Wise, dia terpaksa ke penjara biasa.

Hari pertama di sana pun sudah seperti di nereka. Dia dipukul tanpa sebab.

Berkali-kali dia minta untuk pindah penjara. Harapannya supaya lebih dekat dengan ibunya.

Tapi setiap kali dia pindah, semakin jauh dia dihantar.

Setelah beberapa ketika dia dipenjara, dia cuba memohon untuk mendapat parol. Cubaan itu berkali-kali gagal. Kerana syarat utama dia wajib mengaku jenayah yang dia lakukan.

Bagaimana dia mahu mengaku, sedangkan bukan dia yang melakukannya.

Saya kagum dengan nilai berani kerana benar yang Korey miliki.

Ketabahan dia semasa diseksa oleh penjenayah lain. Luar biasa. Bagaimana dia boleh menjadi positif walaupun keadaan menekan, hampir saja dia gila & putus asa.

Semasa ibu Korey melawatnya dipenjara, ada satu pesanannya yang saya rasa sungguh terkesan.

Ibunya pesan lawanlah semuanya dengan cinta.

Pesanan akhir inilah yang Korey pegang. Kehidupan malangnya mula berubah, dia dipindahkan ke penjara yang lebih baik. Tidak lagi dibuli & dipukul.

Malah lebih dekat dengan ibunya.

Kuasa doa seorang ibu itu padu. Tanpa jemu si ibu berharap satu hari nanti Korey akan dibebaskan.

Hati ibu mana tidak sedih, lebih-lebih lagi kawan-kawan Korey yang lain sudah dibebaskan.

Ibunya berharap satu masa nanti penjenayah sebenar akan tampil & mengaku.

Doa itu akhirnya dimakbulkan. Matias Reyes penjenayah sebenar membuat pengakuan. Dialah yang merogol & cuba membunuh Trisha Meili.

Korey Wise dibebaskan serta merta. Nama kelima-lima mereka yang telah dituduh sebagai perogol dibersihkan & diangkat kembali.

Kerajaan Amerika Syarikat membayar 40 juta dollar sebagai ganti rugi. Dan ini menjadikan ianya bayaran ganti rugi paling tinggi dalam sejarah.

Leave a Reply