SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kisah Taubat Pemuda

Kisah Taubat Pemuda

TAUBAT

Sekumpulan anak muda sedang berbalah mengenai satu masalah dan mereka telah menanyakan seorang tua yang sedang melintasi mereka. Mereka bertanya “Pada pendapat pakcik, siapakah yang lebih hampir kepada Allah, seorang yang melakukan dosa kemudiannya bertaubat ataupun seseorang yang tidak pernah melakukan dosa?

Orang tua itu menjawab, “Saya mengait baju untuk menyara hidup, dan benang yang saya guna adalah panjang. Apabila sahaja benang-benang itu terputus, saya cepat-cepat mengikatnya dan menyambung semula kerja saya. Bagaimanapun, saya sentiasa memerhatikan benang-benang tersebut supaya ianya tidak lagi terputus.”

Ia mungkin juga bahawa orang berdosa telah memutuskan hubungan dengan tuhannya tetapi melalui taubat yang ikhlas akan menyambung semula tali kepada Allah Taala dan diawasi dengan teliti oleh Allah Taala sehingga dia tidak memutuskan lagi tali tersebut.

Kita sepatutnya tidak hilang harapan dan sentiasa melakukan istighfar yang melebihi sehingga Allah mengampukan dosa kita dan sentiasa mengawasi kita. Kita tidak patut melengahkan taubat kita.

Syeikhul Hadith Hazrat Maulana Husain Ahmad Madani rahimahullah sering beristighfar pada waktu tahajud. Beliau akan duduk di atas sejadah dengan tasbih di tangan dan beliau akan membentangkan sapu tangan di hadapan beliau. Ketika beliau beristighfar, air mata akan mengalir bagai aliran mutiara dan beliau akan berterusan mengusapkan dengan sapu tangan tersebut. Kadang-kadang beliau akan menangis sebegitu rupa sehingga kedengaran tangisannya seolah-olah seperti dipukul, dan pada masa yang lain pula kedengaran beberapa potong ayat alquran atau syair keluar dari lidahnya.

[Hazrat Maulana Syeikh Zulfiqar Ahmad Damat Barakatuhu]

*nota tasawwuf*

Leave a Reply

Open chat