SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kisah Penduduk Islam Di Switzerland

Kisah Penduduk Islam Di Switzerland

Swiss & Islam.

Islam dikatakan masuk ke Switzerland melalui org Moorish (penduduk Islam di Semenanjung Iberia & Morocco), atau mungkin org Saracen (penduduk Islam di Sicily) yang masuk mengikut Sungai Rhone yang mengalir dari Rhone Glacier di Switzerland ke Lautan Mediterranean melalui Perancis.

Semasa itu Andalusia sedang naik di Sepanyol & Empayar Frankish berkuasa di Central Europe. Yakni di sekitar tahun 700 masihi. Negara2 belum terbentuk lagi.

Muslim mula berhijrah ke Switzerland secara berjamaah selepas perang dunia ke-2. Sebuah jemaah tabligh tiba di Switzerland pd tahun 1940-an dan membina masjid pertama di Zurich, iaitu Masjid Mahmood, kira2 4km dari Central Train Station.

Menantu Hassan Al-Banna, Said Ramadhan juga berhijrah ke Geneva pd tahun 1960an dan membuka Islamic Centre di sana. Kebanyakan yang datang ke Switzerland masa tu adalah pelarian perang dari Balkan terutamanya.

Sekarang ni Muslim di Switzerland dalam lingkungan 8%, walaupun media mereka katanya selalu menggembar-gembur yang populasi Muslim makin bertambah berlipat berganda (macam kita la kot, sikit2 agenda Yahudi).

Switzerland ni 200 tahun lalu adalah negara yang tak ada apa-apa… maklumlah ia negara landlocked (tiada laut) dan tiada natural resources (sumber asli) yang banyak. Tapi harini Switzerland adalah antara negara terkaya di dunia.

Sebenarnya kalau kita tgk, kebanyakan negara yang kaya-raya ni yang kecil & literally tak ada resources sangat mcm Singapore, Liechtenstein, Luxembourg, & Switzerland sendiri. Dan most negara yang sangat kaya sangat natural resources pun tak boleh nak tempatkan diri di kalangan negara2 kaya.

Dalam dunia ekonomi, ada satu fenomena dinamakan ‘the resources curse’ yang mana negara yang kaya dgn sumber asli, gagal utk membangun pesat dr segi ekonominya. Dikatakan bila dah ada sumber alam yang tak habis2 ni, para jemaah menteri tak heran sangat ttg pengeluaran domestik dan prestasi eksport. Yang takde sumber alam ni, setiap negeri dan daerahnya sangat produktif.

Berbalik kpd cerita Muslim di Switzerland, Swiss Muslims adalah antara penganut yang bermacam ragam. Ini kerana mereka datang dari lebih 100 negara, so ada lebih 100 cara hidup dan cara berislam lah. Ada yang syadid, ada yg biasyer2, ada yang sekular. Tapi tak semua tu kita boleh lihat di seluruh Switzerland. Di Geneva, mungkin. Almost tak jumpa org Swiss yang memang asal keturunan Swiss.

Selain itu, penduduk Switzerland especially Muslim generally sangat ramah tamah. At least kepada visitors. Cuma perlu beringat selalu… jgn buat mudah2 mentang2 visit antara negara paling selamat. Kejadian mencuri menyamun antara yang common di Switzerland tau. Di Basel paling tinggi crime rate antara bandar2 Swiss.

Di sebalik keramahan org Swiss, kadang2 kalau di restoran atau di kedai2 ada yang langsung tak friendly. Muka pun macam nak telan orang. Tapi dont take it personally… culture diorang asalnya tak suka sgt nak chitchat dgn customer. Tp ada je yang over peramah. Kita pulak penat nak melayan.

Amacam? Minat join kami pegi Switzerland tahun depan?

#Swiss2020 #FreeIncentiveTrip

Leave a Reply