SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kisah Pemandu Grab Jakarta Ikat Perut Demi Anak

Kisah Pemandu Grab Jakarta Ikat Perut Demi Anak

Lama sy ambil masa nak tulis ini. Rasa sejuta keinsafan. Setiap kali balik ke Malaysia lepas travel, rasa syukur sangat2 jadi warganegara Malaysia. Walaupun pergi negara lebih maju atau lebih mundur.

Semasa di Jakarta pusat, mode transportation kami adalah Grab. Ada la dalam 4-5 kali naik Grab. Jumpa macam-macam latarbelakang Grab Driver. Tua & muda, bujang & berkeluarga. Ada yg pernah bekerja sebagai waiter, buruh kasar etc. Semuanya asal luar Pulau Jawa. Ternyata industri Grab sangat membantu ubah hidup ramai rakyat di sana.

Soalan standard saya; “kapan mau datang ke Malaysia pak? Jawapan standard diorg; “Tidak pernah mimpi pak. Tiada uang.”

Ada seorang Grabdriver, Pak Iwan namanya; sudah berkeluarga anak tiga. Paling kecil 3 tahun, paling besar 16. Merantau dari Palembang sejak 17 tahun lalu. Sebelum ini buruh kasar. Kini bawa Grab untuk menyara keluarga.

Menurut Pak Iwan, setiap hari dia wajib ada duit masuk at least 200k rupiah (lebih kurang RM60) untuk belanja sekolah anak2 dan beli barang basah untuk dimasak isteri. Jika tidak, alamatnya makan nasi tak berlauk. Dia juga tahan lapar makan malam sahaja utk berjimat. Kadang2 miss bayar installment kereta yg dibuat Grab tu. Duit masuk itulah duit keluar. Tiada bahagian langsung untuk simpanan!

Pak Iwan pasrah. Asalkan anak2 berjaya dan boleh bantu keluar dari hidup susah. Bagi dia, masa beliau sudah berlalu. Biarlah anak2 yg ada harapan utk hidup yg lebih baik.

Bila dia tanya sy; “Berapa tambang ke Jakarta ni Pak naik pesawat?”. Sy jawab; “lebih kurang 5.2 juta rupiah pak iwan”. Geleng kepala dia sambil cakap, dia tak boleh hadam duit sebanyak itu dibayar hangus untuk sekali guna!

Allahu! Semoga anak2 Pak Iwan semua berjaya dan tunaikan impian beliau untuk menunaikan haji.

Leave a Reply