KHASIAT DAUN KARI YANG RAMAI TAK TAHU

KHASIAT DAUN KARI YANG RAMAI TAK TAHU

DAUN KARI BUKAN SEKADAR DAUN

. Hari pertama dalam holistic detox programme, semuanya tentang green leafy. Maksudnya into meal plan dengan daun-daun, pucuk-pucuk atau salad. Ramai duk takut kata semua bahan detox mahal sebab kena beli imported salad. Siapa kata?

Niiiha boleh jer try tenggek burung, ulam raja atau pucuk daun kari sekalipun. Asalkan daun hijau. Dan Liya nak suggestkan satu daun yang power ni. Padu bakhang ?.

Siapa suka daun kari? Selain buh dalam masak kari atau buttermilk prawn/chicken dan maruku, pucuk daun kari best makan as ulam tau. Cicah budu atau makan mentah. Sedap! Rasa dia unik. Pastu sendawa bau kari kahkah.

Daun kari ni banyak khasiat yang kita mungkin terlepas pandang. Antaranya:

1. Berkhasiat untuk merawat kecederaan pada kulit seperti lecur, lebam, dan luka. Caranya, tempek daun kari pada tempat cedera.

2. Dijadikan ubat bagi orang yang dijangkiti penyakit bawaan air seperti taun dan disenteri. Caranya, daun kari segar dimakan begitu sahaja.

3. Orang yang mengalami kekurangan kalsium atau osteoporosis disarankan untuk tambah daun kari dalam diet harian. Daun kari ada kandungan kalsium yang tinggi. Caranya, letak daun kari dalam masakan.

4. Kurangkan kesan mabuk bagi wanita hamil. Caranya, daun kari dijadikan jus bersama perahan lemon.

5. Merangsang pertumbuhan rambut sihat. Caranya, daun kari dididihkan dengan minyak masak untuk dijadikan tonik rambut.

6. Berupaya merawat penyakit kencing manis. Berdasarkan kajian, daun kari ada banyak nutrien penting seperti protein, kalsium serta kaya dengan asid oksalik dan pelbagai jenis fitokimia.

7. Mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Kandungan pelbagai nutrien menjadikan daun kari berupaya untuk merawat penyakit kencing manis dan mengurangkan kadar kolestrol.

Disclaimer:

Daun kari mempunyai banyak manfaat. Namun, kajian lebih mendalam perlu untuk mengoptimumkan potensi pokok kari untuk manfaat sejagat.

#LiyaKongsi

#DaunKari

#MurayyaKoenigil

#KhasiatDaunKari

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: