SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kesilapan Tentang Rezeki

Kesilapan Tentang Rezeki

Dulu, saya ingat…
Solat dhuha, solat tahajjud, membaca Al Qur’an dan membaca zikir itu dapat menjadi penyebab terbukanya pintu rezeki.

Dan saya menyangka bahawa rezeki itu adalah berupa wang, gaji yang besar, banyak order, banyak job, urusan kerja lancar, banyak simpanan di bank, banyak aset seperti kenderaan, harta di sana-sini, bak kata intinya rezeki itu adalah : “HARTA”.

Namun setelah mencari lebih dalam tentang apa makna rezeki dalam Islam, ternyata saya SALAH BESAR.

Ternyata, langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah rezeki.

Langkah kaki yg dimudahkan untuk solat berjemaah di masjid adalah rezeki.

Hati yg Allah jaga jauh dari sifat iri hati, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.

Mempunyai sahabat yang soleh dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

Saat keadaan susah serta penuh rintangan itu juga rezeki, kerana mungkin jika kita dalam keadaan sebaliknya justeru akan membuat kita condong bersikap kufur, sombong, angkuh dan mudah lupa diri.

Mempunyai orang tua yang sakit, ternyata itu adalah rezeki, kerana itu merupakan ladang amal pembuka pintu syurga bila kita tulus Ikhlas menguruskannya.

Tubuh yang sihat adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.

Dan mungkin akan ada jutaan list lainnya bentuk2 rezeki yang kita tidak sedar.

Suami isteri dan anak2 sihat itu rezeki, anak-anak dapat bersekolah lancar itu rezeki

Hidup aman dengan jiran itu juga rezeki.

Justeru yang harus kita berwaspada ialah ketika hidup kita serba mencukupi, penuh dengan kemudahan dan kesenangan,

Padahal begitu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan.

Mari sebarkan kebaikan dan nikmati rezeki-rezeki yang Allah amanahkan kepada kita.

#Sharingiscaring
#Credittopenulis
#Jimmyescarves

T.me/RezekiAllahLuas

Leave a Reply

Open chat