KENAPA SURI RUMAH WAJIB BUAT BISNES?

KENAPA SURI RUMAH WAJIB BUAT BISNES?

Ibu Bekerja Dari Rumah?

Why not kan? Dengan perkembangan teknologi maklumat yang sebegitu maju dewasa ini, peluang pekerjaan secara berniaga atas talian menjadi lebih mudah. Sesiapa sahaja boleh menceburinya hatta suri rumah sekalipun. Namun apa yang diperlukan adalah ilmu terutama untuk memilih produk dan pemasaran dalam talian yang kukuh, stabil serta bersesuaian dengan “kesibukan” ibu-ibu di rumah.

Kekangan Surirumah Yang Ingin Binses

1. Tiada orang menjaga anak

Bagi ibu yang bekerja sepenuh masa sebagaai surirumah dan menjaga anak-anak sendiri, sudah tentu ini menjadi kekangan utama mereka. Suami tidak mahu mengambil alih tugas men­jaga anak-anak dan bayi masih me­nyusu. Sedangkan mereka ini mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya. Semua halangan ini akhirnya akan mematahkan semangat mereka untuk berjaya.

2. Tiada pendedahan luas mengenai bisnes

Kebanyakan suri rumah tidak mempunyai pendedahan luas mengenai bisnes. Untuk memulakan bisnes apa pun,ilmu asas memulakan perniagaan, produk yang boleh dijual, membina Fanpage Facebook dan memasarkan menerusi laman sosial mesti dikuasai. Ini adalah nadi untuk bermula bisnes dengan lebih mudah.

Kelebihan Surirumah Yang Berbisnes

1. Ada wang belanja sendiri.

Kebanyakakan suri rumah yang tidak bekerja hanya bergantung harap kepada suami. Apa yang diberi oleh suami, itulah wang yang akan digunakan untuk beli barangan yang diinginkan atau membuat simanan sendiri.  Menurut pakar perniagaan, suri rumah perlu ada pendapatan sendiri sekurang-kurang RM50 sehari dan membuat simpanan untuk masa depan.

2. Persediaan Kala Diuji Dalam Perhubungan

Dalam hidup ini, kita tidak boleh jangka apa ujian yang Allah akan beri kepada kita. Mungkin berlaku musibah kematian atau terputus hubungan antara suami dan isteri. Jadi, ibu-ibu kena persiapakan diri dengan apa jua ujian yang mendatang. Kita sebagai wanita tidak boleh bergantung kepada suami semata-mata kerana seandainya sesuatu berlaku mereka, kita masih mampu menyara diri dan anak dengan pendapatan daripada bisnes kita.

2. Suri rumah Mampu Bergelar Jutawan

Pernah dengar ungkapan, “tangan yang menghayun buaian mampu menggongcang dunia.” ungkapan ini ditujukan khas kepada wanita. Wanita ni manusia luar biasa yang mampu membuat apa sahaja jika mereka berkehendak. Selagi mereka tidak memulakan langkah pertama segala yang diimpikan tidak akan berhasil. Mana tahu dengan permuaan yang kecil, anda mampu menjadi sebutir permata yang begitu bersinar kemudian hari. Jadi, mulakan langkah anda sekarang!

3. Suri Rumah Kaya Dan Bergaya

Ramai yang berpendapat, bila jadi suri rumah, its okay jikapenampilan jadi selekeh dan tak terurus. Katanya tak ada masa nak bersiap dan cantik-cantik sebab setiap masa pun bergelumang dengan kerja rumah yang tak habis-habis. No, its not like that. Kita kena treat diri kita seperti masa kita yang sepatutnya. semua wanita suka pada cantik dan nak jadi cantik. Kita akan seroni=ok bila orang puji kita cantik, kita kemas, bergaya dan tak nampak macam suri rumah. So, salah satu caranya dialah dengan mulaka bisnes dari rumah. Minda kita akan lebih terbuka dan kita bergaukl dengan lebih ramai orang yang berjaya.

Tips Untuk Suri Rumah Mulakan Bisnes

1. Sokongan Suami

Sokongan suami adalah sangat penting untuk kejayaan pasangan. Bantulah isteri yang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan. Beri kompromi untuk jaga anak-anak seandainya ada kelas yang ingin disertai isteri. Beri kata-kata semangat dan dorongan untuk isteri dalam apa jua keadaan sekalipun. Jadi bahu untuk bersandar dan telinga untuk mendengar setiap idea, pendapat malah keluhan sekalipun. Untuk wanita berjaya, selain kehendak dan usaha,  sokongan suami dan keluarga amat penting.

2. Hadiri Kelas Tambah Ilmu

Untuk suri rumah memulakn bisnes, wajib mendaptkan ilmu tentang bisnes yang lebih luas dan efektif. Syarat untuk berjaya ilaha bermula dengan satu tindakan iaitu ingin mengubah kehidupan.  Kemudian, hadiri mana-mana kelas perniagaan untuk mengambil semangat, inpt dan info berkaitan bisnes supaya langkah mencipta kejayaan menjadi lebih mudah. Sam juga dengan Liya, Liya hadiri beberapa kelas berkaitan marketing, business dan product knowledge sebelum menjual kepada pelanggan. Cara ini lebih efektif.

3. Cepat Bertindak 

Seterusnya, suri rumah yang telah mendaoat sokongan suami dan keluarga, sudah menghadiri kelas perniagaan, step seterusnya ialah cepat bertindak. Sekiranya anda hanya bercakap, walau 100 kelas sekalipun yang anda sertai ia tidak akan sampai ke mana. Tetapi kalau anda bertindak, walaupun hanya menghadiri satu kelas, ia mampu merubah kehidupan menjadi lebih positif dan berjaya. Dan mungkin peluang menjadi jutawan kaa berjaya lebih terbuka luas.

4. Usah Pedulikan Kata-Kata Negatif

Kebiasaannya dalam hidup ini, jika kita ingin berubah kepada yang lebih baik dan buat pembangunan diri, akan ada sahaja orang yang akan menarik kita kepada diri kita yang lama. Ramai juga yang akan memperlekehkan usaha kita, melemparkan kata-kata negatif yang sepatutnya, tidak memberi sokongan dan sebagainya. Jadi, sebagai seorang suri rumah yang bertekad untuk mengubah nasib diri kita dan keluarga, kita hanya perlu pekakkan telinga dan jalan terus. Lets our succeed be noisy later.

5. Cari Mentor Yang Hebat

Dalamdunia bisnes, kita perlukan role model atau mentor yang kita jadikan idola. Mungkin kejayaan atau cara mereka berjaya menyebabkan kita terinspirasi unytuk menjadi seperti mereka. Jadi, langkah yang paling bijak supaya kita sentiasa bermotivasi untuk kekal dalam bisnes ialah dengan mencari mentor hebat ini. Berguru rapat dengan mereka dan decode apa yang mereka buat.

Nak Jadikan Liya Mentor Anda?

Liya merupakan seorang yang bekrja di bidang profesioanl, seorang suri rumah dan seorang top entrepreneur dalam bisnes. Now, Liya pelawa sesiapa sahaja terutama suri rumah yang sedang berkira-kira untuk memulakan bisnes dari rumah, boleh terys hubungi Liya untuk Liya bantu anda. Liya telah bantu ramai suri rumah untuk jana income sekurang-kurangnya 4 angka hanya dengan bekerja dari rumah. Tanpa tinggal anak, tanpa abaikan suami dan rumah tangga. Semuanya di hujung jari.

Hubungi Liya segera sementara peluang terbuka luas ini.

Liya: 019-9590635

Follow Ig & Fb Liya : Daliya Mat Dari

Liya,

Your Top Business Mentor.

 

 

 

 

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: