SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kenapa Solat Subuh Lewat 8 Minit Di Selangor ?

Kenapa Solat Subuh Lewat 8 Minit Di Selangor ?

Soal Jawab Isu Solat Subuh Lewat 8 Minit di Selangor

S1: Kenapa tiba-tiba waktu solat subuh di Selangor dilewatkan?

J1: Ia berdasarkan penemuan dari kajian oleh Jakim, yang diketuai oleh Universiti Malaya dan dianggotai oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan yg lain. Kajian ini mendapati bahawa waktu bermulanya fajar sadiq, iaitu waktu bermulanya subuh, berlaku pada sudut matahari berada di kedudukan 18⁰ di bawah ufuk. Ia berbeza dengan waktu yg digunapakai sebelum ini iaitu pada sudut matahari 20⁰. Jadi ia perlu dilewatkan.

S2: Kenapa lewat 8 minit?

J2: Sudut matahari pada fajar sadiq diubah dari 20⁰ ke 18⁰. 20⁰-18⁰ = 2⁰. 1⁰ mewakili 4 minit. Oleh kerana beza 2⁰, perbezaan waktu ialah 8 minit.

S3: Kenapa Selangor sahaja yang ubah?

J3: Ia akan dilakukan oleh negeri lain bila tiba masanya. Sedikit latar belakang:
Hasil kajian telah dibentangkan di Jawatankuasa Penyelidikan Fatwa Jakim. Laporan kajian ini diterima sebulat suara oleh jawatankuasa tersebut. Peringkat seterusnya, laporan akhir kajian ini dibentangkan di Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam (MKI) pada 20.11.2019 lalu. Laporan kajian yg dibentangkan di peringkat MKI dipersembahmaklumkan kepada DYMM Sultan atau Raja negeri masing-masing. Justeru, pihak negeri dengan kuasa undang-undang yg ada berhak mengumumkan keputusan berkenaan di peringkat negeri masing-masing. Selangor telah membuat pemakluman lebih awal dari negeri lain iaitu pada hari ini 28.11.2019 dan mengumumkan tarikh kuatkuasa pada keesokannya iaitu pada 29.11.2019

S4. Adakah solat subuh selama ini yg awal 8 minit dari waktu baru tidak sah?

J4: Tidak timbul soalan itu kerana solat subuh selama ini berdasarkan kpd ijtihad dan ilmu yang sah dan dilegalized secara rasmi melalui jabatan Mufti negeri. Waktu solat walaupun hadnya adalah sabit secara qatie, penentuan dan perinciannya adalah zanni dan tertakluk kepada ijtihad semasa berdasarkan penyelidikan/ istiqra’. Adalah tersangat sukar dan agak mustahil mewujudkan taqwim solat yg betul-betul mengikut waktu yang sangat tepat hingga ke arka saat pada setiap lokasi. Waktu dalam taqwim pun sudah dimasukkan tempoh ihtiyat/ berwaspada. Lagipun jika solat berjamaah subuh di masjid atau surau, persoalan ini tidak timbul kerana biasanya ada tempoh menunggu yg agak senggang iaitu dari 10-15 minit selepas azan dilaungkan, barulah solat subuh didirikan.

S5: Selangor telah umumkan waktu subuh 8 minit lebih lewat, jadi bagaimana dengan negeri-negeri lain, terutamanya KL, Putrajaya, N9 dll yg bersempadan Selangor?

J5: Setiap penduduk negeri perlu patuh kepada arahan Ulul Amri negeri masing-masing. Ulul Amri negeri ialah DYMM Sultan atau Raja bagi negeri beraja dan TYT Yang Dipertua Negeri bagi negeri tidak beraja . Jika WP KL, Labuan dan Putrajaya, hendaklah mengikut YDPA. Selagi tiada arahan baharu dikeluarkan, waktu sedia ada adalah sah diikuti kerana urusan agama ditentukan oleh pihak Ulul Amri, rakyat hanya ikut dan taat setia.

S6: Adakah ia melibatkan waktu solat lain dan waktu syuruk?

J6: Tidak. Waktu lain tidak terlibat kerana keputusan ini khusus melibatkan solat subuh sahaja. Cuma bagi waktu imsak, ia juga dilewatkan iaitu 10 minit sebelum bermula subuh. Waktu syuruk iaitu waktu berakhirnya subuh/ terbit matahari kekal sebagaimana yg ada dalam taqwim solat.

Semoga bermanfaat

Dr Saadan Man
28.11.2019

Boleh share

Leave a Reply

Open chat