SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kenapa Rasulullah Larang Kita Cabut Uban ?

Kenapa Rasulullah Larang Kita Cabut Uban ?

Uban Mengingatkan Seseorang Akan Dekatnya Ajal⁣⁣
⁣⁣
Dalam Al Quran disebutkan⁣⁣
Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. (QS. Fathir: 37)⁣⁣
⁣⁣
Ibnu Katsir rahimahullah, menerangkan dalam kitab tafsir beliau, bahawa para ulama tafsir seperti Ibnu Abbas, Ikrimah, Qatadan, Ibnu ‘Uyainah dan yang lainnya, menjelaskan bahawa maksud Sang Pemberi peringatan dalam ayat di atas adalah uban. (Tafsir Ibnu Katsir 6/542)⁣⁣

Uban Menjadikan Seorang Tak Lagi Rakus Terhadap Dunia⁣⁣
⁣⁣
Sufyan Ats-Tsauri berkata⁣⁣
“Zuhud terhadap dunia akan menupuskan Angan-angan kosong. Ia tak lagi berlebihan dalam hal makanan dan pakaian.”⁣⁣
⁣⁣
Uban Akan Menjadi Cahaya di Hari Kiamat⁣⁣
⁣⁣
Dari Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda⁣⁣

“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang memiliki sehelai uban, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud 4204. Hadis ini dishahihkan al-Albani dlm Shahih Targhib wa Tarhib, 2091)⁣⁣
⁣⁣
Munculnya Uban Akan Mendorong Seseorang Untuk Lebih Giat Beramal⁣⁣
⁣⁣
Uban Akan Memancarkan Sifat Tabah dan Wibawa⁣⁣
Sa’id bin Musayyib, beliau berkata:⁣⁣

“Ibrahim adalah orang pertama yang menjamu tamu, orang pertama yang berkhitan, orang pertama yang memotong kumis, dan orang pertama yang melihat uban lalu berkata: Apakah ini wahai Tuhanku? Maka Allah berfirman: “kewibawaan wahai Ibrahim.” Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku, tambahkan aku kewibawaan itu.” (HR. Bukhori dalam Al-Adabul Mufrod 120, Imam Malik dlm Al-Muwatto? 9/58)⁣⁣

@quotephotovideo 🎯🎯🎯

Leave a Reply