SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kenapa Mesti Beli 1 Anak 1 Rumah ?

Kenapa Mesti Beli 1 Anak 1 Rumah ?

SATU ANAK, MINIMUM SATU RUMAH
.
“Kenapa?”
🎯 Ada banyak sebab, tak tau nak mula dekat mana. Untuk pendidikan, modal memulakan perniagaan, duit tambahan jika ada musibah di kemudian hari, kos kahwin, tempat berteduh jika belum berkemampuan nak membeli, dll. Takkan satu sebab pun tak terlintas di fikiran kot? 🤔
.
“Tak semestinya hartanah”
🎯 Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Ada yang pandai berniaga, ada yang keluarganya berharta sampai makan 7 keturunan tak habis, ada yang disiplin menyimpannya tinggi, dll. Hartanah adalah salah satu cara mudah untuk saya yang tiada apa-apa kelebihan di atas.
.
“Nilai berapa yang cukup?”
🎯 Mula dengan berapa yang mampu dulu. Jika ada kemampuan lebih, boleh tambah atau cari yang nilainya mampu mencapai objektif utama.
.
“Kamu rancang anak kamu gagal?”
🎯 Tak semestinya. You can only give if you have, and to have something is better than nothing. Orang yang ambil takaful tak semestinya merancang untuk kena penyakit kritikal atau kecacatan kekal akibat kemalangan kan? 😉
.
“Anak aku bijak. Dari tadika dia dapat markah penuh”
🎯 Tahniah!
Walaupun kebarangkalian untuk mendapat biasiswa tinggi, bagi saya adalah lebih baik jika kita ada sedikit simpanan. Polisi kerajaan bertukar, untung nasib anak itu nanti pun kita tidak tahu bagaimana. Jika memang tidak diperlukaan, boleh guna hasil pelaburan tu untuk diri sendiri. Nak bawak masuk kubur pun boleh 😊
.
“Nanti anak tidak pandai berdikari”
🎯 Semasa usia anak masih muda, rumah tu adalah pelaburan untuk diri kita. Sebagai contoh, kos pendidikan anak adalah tanggungan kita sebagai ibubapa, bukan tanggungan anak. Bila anak semakin matang dan bertanggungjawab, bolehlah dipertimbangkan untuk diserahkan kepadanya bagi memudahkan kehidupan.
.
“Benda FREE orang tak hargai”
🎯 Tak semestinya bagi free. Boleh jual pada harga yang lebih rendah dari nilai pasaran.
.
“Nak beli kena ada banyak duit”
🎯 Tak perlu. Cari ilmu dan guna duit bank.
.
“Nanti kena halau dengan anak”
🎯 Sebab tu kena beli banyak. Rumah kediaman kita masih ada.
.
“Nilai rumah lambat naik”
🎯 Semua pelaburan hasilnya lambat. Lebih baik lambat dari langsung tidak melabur/menyimpan, atau melebur dalam skim cepat kaya.
.
“Rumah itu keperluan asas. Jika beli banyak, sama macam saya ambil hak orang”
🎯 Jangan guna pintu belakang beli sesuatu yang kita tidak layak (over-qualify). Penawaran rumah di pasaran tidak terhad selagi ianya dibina. Pada suku ke-3 2018, kategori harga rumah siap yang paling banyak tidak dapat dijual di Kuala Lumpur adalah di bawah RM300K.
.
.
Kesimpulannya, beli rumah untuk anak ni bukan macam beli mainan atau gajet untuk anak. Milikan rumah tu masih atas nama kita, dan manfaat utama adalah kepada kita. Takkan kita nak tengok anak-anak kita bila keluar universiti nanti sudah ada hutang yang menunggu, atau terpaksa sewa bilik selepas berkahwin?
.
#ForThingsToBeIsUpToMe
#SediakanPayungSebelumHujan

Leave a Reply