SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kehebatan Telur Ayam Dalam Kehidupan

Kehebatan Telur Ayam Dalam Kehidupan

*PELAJARAN KEEMPAT*

Pegang nasihat Imam di bawah

Nasihat Imam Sufyan Ats Tsauri رحمة الله تعالى,

“Perbaikilah urusan dalamanmu, Allah akan perbaiki urusan luaranmu. Perbaikilah hubunganmu dengan Allah, Dia akan perbaiki hubunganmu dengan manusia. Beramallah untuk akhiratmu, Allah akan jamin urusan duniamu. Juallah duniamu dengan akhirat, engkau akan beroleh keuntungan kedua-duanya. Jangan jual akhiratmu dengan dunia, kelak engkau akan rugi dua-duanya.”

Perkara besar2 semuanya bermula dari dunia dalaman kita, bukannya dari dunia luaran kita…belajar dari Kisah Telur Ayam,

Masih ingat tak..??
Belajar daripada TELUR AYAM,

Bagaimana Dunia dan Kekuatan dalaman mempengaruhi kejayaan sebenar

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar,
maka kehidupan di dalam telur akan berakhir.
Tetapi,
jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam,
maka kehidupan baru akan lahir.

Jadi hal-hal besar selalu dimulai dari dalam bukan dari luar. Mulakan dengan pembangunan dunia dalaman, atau pembangunan rohani..buatlah SOP 555 tu

Inilah wasilah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W

Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru…
Bunga selalu mekar…
Matahari selalu bersinar…

Tapi ketahuilah bahwa Allah selalu memberi:
Hikmah di setiap cubaan…
Jawapan disetiap doa..

Jangan pernah menyerah..
Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan, maka nikmatilah..
Jika hidup adalah tentangan, maka hadapilah..
Jika hidup adalah anugerah, maka terimalah..
Jika hidup adalah tugas, maka selesaikanlah..
Jika hidup adalah cita-cita, maka capailah..
Jika hidup adalah kesempatan, maka ambillah..
Jika hidup adalah qasidah, maka nasyidkanlah..
Jika hidup adalah teka-teki, maka pecahkanlah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah putus asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah usaha.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah doa.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini.

Kenapa sifu suruh Focus pada usaha dunia dalaman sebab,

Kalau benar benar nak ubah hidup, nak ubah status kewangan dsb, belajarlah dari TELUR AYAM

Leave a Reply

Open chat