SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kehebatan Balik Pulau

Kehebatan Balik Pulau
Hebatnya BALIK PULAU. 1. Pekan apakah kepunyaan berbangai bangsa di Malaysia ? Jawapan: PEKAN KONGSI 2. Bukit apakah kena tarik hampir nak putus? Jawapan: BUKIT GENTING 3. Pekan apakah yang tidak berubah nama walaupun ditambah banyak jalan-jalan baru Jawapan: SIMPANG EMPAT 4. Kampung apakah tak akan boleh maju walaupun dibuat rumah-rumah banglo besar-besar atau rumah-rumah pangsa yang mewah. Jawapan: PONDOK UPIH 5. Kampung apakah yang tak perlu pasang lampu sebelah malam ? Jawapan: KAMPUNG TERANG 6. Pulau apakah yang duduknya di daratan? Jawapan: PULAU BETONG 7. Kampung apakah di utara semenanjung ada di Balik Pulau ? Jawapan: KAMPUNG PERLIS 8. Jalan apakah yang sentiasa cantik dan bersih di Balik Pulau? Jawapan: JALAN BARU 9. Kawasan manakah yang paling bersih airnya di Balik Pulau? Jawapan: AYER PUTIH 10. Jambatan manakah di Balik Pulau yang diperbuat dari pokok balak? Jawapan: TITI TERAS 11. Di manakah boleh dijumpai ramai pemburu bawa senapang atau panah di Balik Pulau? Jawapan: SUNGAI RUSA 12. Di manakah terdapat lombong pasir terbesar di Balik Pulau ? Jawapan: PERMATANG PASIR 13. Di pekan manakah paling ramai orang tua-tua makan sirih? Jawapan: SUNGAI PINANG 14. Di manakah boleh dijumpai paling ramai Indon yang berasal dari Sumatra Utara? Jawapan: PANTAI ACHEH 15. Dimanakah terdapat durian terbaik dan berbagai jenama di Malaysia? Jawapan: DURIAN BALIK PULAU

Leave a Reply