KEGEMUKAN PUNCA BANYAK PENYAKIT

KEGEMUKAN PUNCA BANYAK PENYAKIT

Kegemukan

Kegemukan atau obesiti adalah suatu penyakit di mana lemak berlebihan berkumpul di dalam badan seseorang. Ia bukan sahaja akan menyebabkan aktiviti fizikal dan sosial seseorang menjadi terhad, malah akan menyebabkan jangka hayat seseorang menjadi pendek. Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ di dalam badan kita seterusnya dapat menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Gambar Credit To : Harian Metro

Punca-Punca Gemuk

Ada banyak punca atau faktor yang menyebabkan seseorang menjadi gemuk atau bertambah berat badan. Antaranya ialah:

(1) Makan makanan rendah/bebas lemak

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul daripada pakar.

(2) Tidur terlalu sedikit/banyak

Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

 (3) Minuman bergas

Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

(4) Elak waktu makan

Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

(5) Makan terlalu cepat

Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

Sumber : VTox

Kesan Badan Terlalu Gemuk Atau Obesiti

Antara kesan badan terlalu gemuk atau terkait dengan obesiti ialah;

  1. Persepsi negatif masyarakat
  2. Risiko penyakit kronik
  3. Mati awal disebabkan oleh penyakit diabetes, serangan jantung, strok, gangren, tekanan darah tinggi, masalah pernafasan dan lain-lain.
  4. Mengalami kehidupan yang menyakitkan kerana berisiko sakit sendi, sukar bernafas, batu pundi hempedu, kesuburan merosot dan sebagainya.
  5. Kesn psikologi sesperti resah dan gelisah, tertekan dan murung.

Boleh baca penuh tentang kesan-kesan kegemukan di entry yang Liya kongsi sebelum ini —-> BACA SINI

Gemuk Dan Diabetes Berkait Rapat

Pakar Pembedahan Am dan Bariatrik Pusat Perubatan Sunway, Datuk Dr Tikfu Gee berkata, Malaysia direkodkan sebagai negara yang mempunyai paling ramai penduduk yang mengalami obesiti di Asia Tenggara menerusi kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2011. Ini bukan rekod yang boleh dibanggakan dan keadaan akan berterusan menjadi lebih buruk jika tiada langkah proaktif diambil untuk mengatasinya.

“Biasanya mereka sudah mengalami masalah kesihatan seperti sakit sendi, masalah tulang belakang, diabetes, tekanan darah tinggi, kesukaran mengandung dan apnea tidur yang boleh meningkatkan risiko strok,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Gemuk Punca Sukar Hamil

Berat badan berlebihan, kegemukan atau obesiti bukan saja mendedahkan seseorang kepada risiko penyakit tetapi menurunkan tahap kesuburan dalam kalangan wanita. Berdasarkan pemantauan di Klinik Reproduktif, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor, kira-kira 40 peratus wanita mengalami kesukaran hamil disebabkan obesiti.

Ketua dan Pakar Perunding Kanan dan Pakar Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HTAR, Dr Mohamad Farouk Abdullah, berkata kebanyakan wanita datang ke klinik berkenaan berusia sekitar awal 20 an mengalami kesukaran hamil disebabkan obesiti.

Obesiti memberikan kesan ke atas kesuburan akibat ketidakseimbangan hormon dan masalah ovulasi terutama dalam kalangan wanita obesiti yang menginginkan anak pertama. Masalah itu berkait rapat dengan sindrom ovari poli-sistik (PCOS) iaitu punca menyebabkan ketidaksuburan dalam kalangan satu daripada lima wanita pada usia reproduktif.

Gemuk Punca Haid Tidak Teratur

PCOS (Polycystic Ovarian Syndromeatau Sindrom Ovari Polisistik) adalah penyakit hormon yang melibatkan sistem reproduktif wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka. Ketidakseimbangan hormon tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur  dan terkumpul dalam ovari. Lama-kelamaan membangkitkan simptom-simptom seperti kegemukan, kitaran haid yang tidak teratur,ketidaksuburan,keguguran berulang dan lain-lain.

Menurut Dr Hng, antara faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan adalah genetik, kencing manis, tekanan, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan kegemukan.

Dr Hng menyambung lagi, “Golongan yang terlebih makan dan kurang senaman juga akan mengalami PCOS disebabkan kadar metabolisme yang menurun. Kegemukan akan mengurangkan hormon ekstrogen dan terjadi anovulasi ekoran PCOS. Ini disebabkan tisu adipos akan mengubahkan hormon ekstrogen kepada hormon lelaki,jadi golongan wanita yang terlebih berat badan biasanya akan terjadi sifat kelelakian,kitaran haid yang tidak teratur.Cara penyelesaian yang utama ialah penurunan berat badan.”

Sumber : Ez Sihat

Sumber : Berita Harian

Cara Atasi Kegemukan Atau Cara Kuruskan Badan

Jika anda ingin kurus dengan cara yang selamat dan berkesan, Liya cadangkan beberapa cara yangb boleh anda lakukan. Antaranya seperti di bawah;

1.Elakkan Gula Terlalu Banyak Dalam Diet Harian

Dr Mizam Baha dalam perkongsian di Facebook beliau hari ini adalah tentang gula mengundang bakteri jahat. Dan bakteria jahat boleh membawa masuk lemak extra ke dlam bdan. Bila ada lemak extra, masalah kegemukan tidak kaan selesai. Maka, untuk kurus dengan lebih mudah, cara yang paling efektif ialah dengan mengurangkan makanan manis atau bergula setiap hari dalam diet harian. Contohnya, tukar air manis berperisa kepada air masak.

2. Bersenam Dengan Kerap

Menurut Kevin Zahri, tujuan bersenam adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal. Senaman yang baik semestinya mensasarkan 5 pecahan berikut, iaitu;

1. Kardiovaskular (stamina, jantung)
2. Daya tahan otot (stamina)
3. Kekuatan otot (strength)
4. Komposisi badan
5. Kelenturan

Namun disebabkan senaman menggunakan lebih banyak kalori berbanding aktiviti-aktiviti lain, disamping sesetengah daripadanya mampu meningkatkan kadar metabolisma jika dilakukan dengan betul, maka dengan itu ia merupakan “alat” yang berkesan dalam menurunkan berat badan.

2. Join Program Detox #JomDetoxJutawan

Dalam Team Jutawan, kami memperkenalkan satu program untuk menurunkan berat badan dengan lebih efektif. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan badan, namun antara kesan utama yang diperolehi ialah berat badan turun dengan mudah. Yang opaling best, kurus tanpa rebound effect kerana kami fokuskan kepada detoksifikasi yang menyeluruh ke atas anggota detoks badan.

Antara Testimoni Peserta Berjaya Kurus Dengan #JomDetoxJutawan

 

 

Bagaimana Nak Join Program Kurus #JomDetoxJutawan?

Kepada sesiapa yang nak Liya bantu dia kurus dengan lebih efisien, boleh terus hubungi Liya. Liya sedang buka penyertaan kepada peserta untuk coaching dalam batch 17.0 yang akan bermula pada 15 Oktober 2019 ni.

Cecepat hubungi Liya untuk book slot anda, tempat terhad tau. Program ni proven success.

Liya : 019-9590635

Follow Ig & Fb Liya : Daliya Mat Dari

Liya,

Your Detox Coach

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: