KEGEMUKAN. KESAN GEMUK DAN LEMAK BANYAK.

KEGEMUKAN. KESAN GEMUK DAN LEMAK BANYAK.

Obesiti adalah suatu penyakit di mana lemak berlebihan berkumpul di dalam badan seseorang. Ia bukan sahaja akan menyebabkan aktiviti fizikal dan sosial seseorang menjadi terhad, malah akan menyebabkan jangka hayat seseorang menjadi pendek. Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ di dalam badan kita seterusnya dapat menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Seseorang itu dianggap menghidapi masalah obesiti apabila berat badannya adalah 45kg melebihi berat badan ideal seseorang itu. Berat ideal seseorang itu dapat dikira melalui indeks jisim badan (BMI), di mana BMI yang melebihi 35 atau 40 dikatakan mengalami obesiti. Cara pengiraan BMI adalah seperti berikut:

*Pengiraan BMI tidak boleh digunakan bagi mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun atau melebihi usia 64 tahun, mengandung, menyusu badan dan ahli sukan yang aktif.

Sumber: IMedik

Persepsi Negatif Masyarakat

Menurut Pensyarah Kanan Klinik Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alvin Ng, antara penemuan menarik ialah individu yang memiliki ukuran pinggang kecil lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka.

“Individu gemuk sering menerima pelbagai persepsi negatif seperti malas, kurang daya kawalan diri dan keyakinan serta memiliki personaliti kurang menarik.

“Pandangan negatif, syak wasangka dan diskriminasi seperti ini boleh menyebabkan individu gemuk dan obes mengalami tekanan mental.

“Diskriminasi terhadap orang gemuk bermula dari zaman kanak-kanak apabila menjadi bahan ejekan atau usikan kawan. Beberapa kajian menunjukkan kadar kelaziman gangguan mental meningkat dengan jumlah Indeks Jisim Badan (BMI). Ini bermakna lebih ramai orang gemuk dan obes mengalami gangguan mental,” katanya ketika membentangkan hasil kajian anjuran bersama Persatuan Penyelidikan Obesiti Malaysia (MASO) dan Abbott Laboratories melalui kempen Happy Weight at 10.

Risiko Penyakit Kronik

Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Faridah Ismail, berkata saiz pinggang besar dan berat badan berlebihan bukan sekadar masalah kosmetik. Memang berbadan besar dan gemuk tampak kurang menarik, tetapi lebih membimbangkan ialah risiko beraneka penyakit akibat pengumpulan lemak dalam badan.

Malah, pakar perubatan mendefinisikan obesiti sebagai masalah kesihatan kronik.

Menurutnya, lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan, justeru kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini. Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral. Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.

A. MATI AWAL (DISEBABKAN PENYAKIT)

1. Diabetes

2. Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

3. Strok.

4. Gangren.

5. Tekanan darah tinggi.

6. Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).

7.  Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

8.  Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.

Gambar Credit To: coffeekai

B. MENJALANI KEHIDUPAN YANG MENYAKITKAN

1. Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.

2. Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.

Gambar Credit To : AIA

3. Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).

4. Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.

5. Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.

6. Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.

 

C. KESAN PSIKOLOGI

1. Resah dan gelisah.

2. Tertekan dan murung.

Gambar Credit To: Berita Harian

Dr Faridah berkata, tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan kerana pertambahannya berlaku dalam satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.

“Perkara utama ialah mesti ada kemahuan sendiri, bersedia dan komited. Tujuan menurunkan berat badan juga perlu jelas kerana anda mesti buat untuk diri kebaikan diri seperti mahu hidup sihat dan panjang umur.

Dr Faridah berkata, pencegahan adalah kaedah terbaik. Tiada orang dilahirkan dalam keadaan obes. Masalah ini berpunca daripada sikap diri sendiri dan tabiat pemakanan keluarga yang dipupuk sejak kecil. Ibu bapa perlu mendidik anak mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta lakukan aktiviti senaman keluarga.

Sumber : Malay Today

Kurus Dengan Program Jom Detox Jutawan

Salah satu cara berkesan untuk kurus ialah dengan membuang segala toksin yang melekat pada lemak.

Kami di Team Jutawan ada menjalankan Program Jom Kurus dengan #JomDetoxJutawan. Program
ini selama 17 hari. Ia ada 3 fasa:

Fasa 1 (Pre-Detox): Tempoh untuk prepare tempoh detox. Untuk kita ubah mindset

Fasa 2 (Detox): Tempoh kita detox dengan meal plan yang telah disediakan.

Fasa 3 (Post-Detox): siapa yang buat Detox betul-betul. Akan dapat result badan lebih cergas, berat badan continues turun, kulit cantik, nampak lebih muda. Just name it.

Bila join program #JomDetoxJutawan, apa yang anda semua akan dapat?

1) Support group yang aktif selama 17 hari. Pakat kurus ramai-ramai baru syok! Buat dengan gembira dan tak stress langsung.

2) Dapat guide, info dan monitoring dari Detox Coach bertauliah. Ada masalah boleh tanya. Takde lah duk murung makan pisang sorang-sorang ?

3) Ada detox meal plan oleh nutritionist bertauliah, approved by doctor. Ada reason di sebalik menu tiap hari. Program ni bantu ubah lifestyle kepada healthy lifestyle. Jadi rutin diri.

4) Program detox ni fokus buang toksin berkurun dalam badan yang boleh sebabkan sakit kronik. Bonus turun berat, kulit cantik dan badan sihat.

5) Ada guide step by step setiap hari. Hanya ikut betul-betul setiap step. Confirm banyak turun berat dan inchloss.

6) Dapat guide senaman yang betul. Nak kecikkan bahagian mana? Haaa sila buat senaman yang dicadangkan.

7) Bila turun berat automatik muka makin cantik & hensem, kulit glowing dan nampak makin

Bagaimana Nak Join Program Kurus?

Boleh terus hubungi Liya. Batch seterusnya kita akan mula pada 15 Oktober 2019. Sekarang tengah buka penyertaan kepada ahli baharu.

Hubungi Liya di talian 019-9590635

Follow Ig & Fb Liya : Daliya Mat Dari

Liya,

Your Detox Coach.

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: