SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kawal Kalori Sihat di Aidilfitri

Kawal Kalori Sihat di Aidilfitri

Syukur kita semua berjaya ke Ramadan 16. Lebih kurang 14 hari lagi nak beraya. Berat pun mesti dah 3-5kg turun kan?

Seram nanti bila raya lah. Bukan apa takut sehari je dah nak 2-3kg. Huhu haru.

Habis tu nak buat macam mana ni? Takkan tak beraya? Ehh janganlah macam tu, berayalah macam biasa..cuma kena kawal sikit.

1- Kalau makan kuih..korang kira. Sehari 5-7 biji dah ok dah. Kira satu rumah, satu kuih.

2- Pilih satu je makanan yang korang paling suka. Lepas tu ambil bekas paling kecik dan isi. Makan perlahan-lahan.

3- Bawa air kosong dalam beg. Takpun kalau rumah sedara yang kita biasa..pergilah jelah dapur dia tuang air kosong.

Dah tu je. Senang je kan?

Rugilah sebulan dah berhempas pulas turunkan berat. Takkan raya nak mengalah macam tu je.

Eh tetiba rasa nak buat #cabarankuihraya7bijisehari. Ada yang nak join?

Leave a Reply

Open chat