SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Kalau Susah Rajinlah Bersedekah, Bukan Meminta

Kalau Susah Rajinlah Bersedekah, Bukan Meminta

Awak tengah susah ke?
.
Jangan mintak sedekah. Tapi bersedekahlah hatta sebijik kurma. Kalau tak mampu, boleh sedekah doa. Terutamanya pada ibu bapa. Sebab doa adalah percuma.
.
Tangan yang memberi itu lebih baik.
.
Nak aje saya sekolahkan peminta sedekah peminta sumbangan semua ni. Kenapalah ramai sangat tak yakin dengan janji tuhan?? Allah dah kata barang siapa bersedekah dengan harta dan jiwa takkan miskin. Sabar dan solat.
.
Ni satu lagi kes. Mengadu macam hidup nak mati esok. Mengelupur. Hati akan tenang bila ada Allah. Bukannya bila ada duit. Ni lagi satu perangai takleh nak hadam. Bila dah bagi nasihat suruh sedekah zakat buat aje.
.
Ni ada je nak menjawab balik. Kurang ajar sungguh. Bila orang bagi nasihat dengar dan buat. Apatah lagi nasihat itu nasihat yang baik. Bukan bantah kelentong gitu gini. Nabi zakaria berdoa mohon zuriat selama 70 tahun tahu tak. Tak pernah baginda tanya dan merungut dengan Allah swt kenapa doa dia belum makbul. Kita? Doa sehari sekali baru bangun tahajud harap esok makbul dah. Kisah nabi-nabi semua ni untuk ummat amik contoh dan tauladan.
.
Tak kiralah doa lama mana pun. Doa je sampai Allah makbul. Walaupun bertahun lamanya. Tadah tangan berdoa tu pun dah satu jalan takwa Allah bagi hidayah serta pahala untuk nak makbulkan doa. Walaupun doanya belum makbul. Hak kita berdoa sahaja. Hak Allah makbulkan doa. Teruskan berdoa sekalipun doa tu tak makbul hatta dah nak mati.
.
Islam tak ajar tahu tak kita minta sedekah. Meminta-minta. Buruk je nampak semua nak mintak sedekah. Hat tui pulak sihat tubuh badan. Jangan malukan Islam boleh tak. 😏
.
.
Sebab Islam bukan agama meminta. Tapi Islam adalah agama yang memberi. Jadilah pemberi kalau kita tu betul Islam. Jangan jadi peminta. Dan jangan asyik persoalkan kenapa orang tak memberi pada kita. Persoalkan apa aku boleh beri pada orang?
.
Nama je orang Islam. Bab sedekah pun tak paham-paham lagi.
.
Nora Yusof
Penulis FTR

🍁 t.me/TipsDikejarRezeki

Leave a Reply