SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Jom Tolong Orang Duduk Bawah Jambatan

Jom Tolong Orang Duduk Bawah Jambatan

Hari yang sedih dan hati jadi macam tak bermaya sangat bila turun jambatan ini. Dibawah ini pun ada orang tinggal. Paling menyayat hati jumpa 4 orang pemuda lagi. 2 orang sebelah sini. 2 lagi sebelah lain. Mereka duduk dekat bawah jambatan ini. Macam biasa sebelum turun walau berdebar saya doa ya Allah jadikanlah langkah ini menjadi asbab hidayah dan RedhaMu. Demi RedhaMu keberanian terus datang seperti biasa. Terima kaseh Allah.

Nampak jer saya terus diaorang cakap ustaz selamat puasa Ramadhan ustaz. Bangun dan terus salam dan cium tangan saya. Adik kenapa tinggal dekat bawah ini. Beginilah ustaz. Ustaz meh duk dekat alas kotak saya. Situ kotor dan sakit nanti. Atas ni bersih sikit dan lembut sikit. Bahaya bawah sini ustaz. Beraninya ustaz cari kami dekat sini Dulu ustaz pernah dakwah saya dekat atas sana.

Yeker adik. Itulah saya takut juga. Tapi lagi takut kalau Allah murka. Kerana Allah saya nak jumpa adik ini kerana sayang adik. Begini yer..Allah sayang adik semua. Allah beri iman. Jaga solat dan sentiasa ingat dia yer. Allah Maha Baik Maha Penyayang. Jangan pernah lupa dia. Jika nak kerja yang baik. Ustaz ada beberapa kawan yang nak bantu. Meh kita dekat diri pada Allah dan cari rezeki yang halal. Cian korang dekat sini baju 2helai jer tu. Mandi kena naik atas juga. Nanti malu saya, apa nak jawab pada Allah nanti. Dosa saya ni tau

Nanti Ramadhan takkan dekat bawah ini adik. Ya Allah janganlah macam ni. Nanti balik tengok keluarga yer. Seorang jawab. Baik ustaz. Tapi Hari Raya kat sini pun ok ustaz. Tak susahkan orang. Ya Allah

Meh peluk ustaz. Saya busuk ustaz. Saya kotor dosa dan maksiat. Najis ustaz. Ustaz nak solat nanti. Takper adik meh peluk ustaz. Tadi kawan adik yang bawah jambatan sana dah dapat kerja baik. Adik nak perbaiki hidup tak. Nak ustaz. Nak ikut ustaz. Jom adik-adik terus ikut ustaz tidur hotel dan kita solat. Esok lusa ustaz fikirkan untuk ko orang semua yer. Sebenarnya malam ini pun dah tak boleh tidur.

Pohon doa yer semua. Doa itu ajaib. Doa pada Allah yang Maha Kaya. Itu lebih penting. Doakan Pertubuhan kasih Umat Malaysia.

Sesiapa ingin menyumbang atas nama
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Cimb Bank 8603546376

Leave a Reply