SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Jenis Hati Mengikut Islam

Jenis Hati Mengikut Islam

HATI KITA YANG MANA SATU

Sebaik-baiknya hati adalah yang bersih suci dari keburukan, yang tunduk kepada yang haq (kebenaran) dan petunjuk yang diliputi kebaikan. Di dalam Hadits dikatakan.

Hati itu ada 4 jenis :

1. Hati yang tidak berselaput
,di dalamnya terdapat pelita yang menerangi. Ini hati orang mukmin.

2. Hati yang hitam tak tentu tempatnya. Ini hati orang kafir.

3. Hati yang terbelenggu di atas kulitnya. Ini hati orang munafik.

4. Hati yang mendatar, padanya terdapat iman dan nifaq (kemunafikan).

Perumpamaan iman yang meliputinya seperti batang tumbuhan yang disirami air tawar. Sedangkan perumpamaan nifaq seperti setumpuk kudis yang di selaputi nanah dan darah busuk.

Maka yang mana di antara keduanya berkuasa, kesitulah hati tertarik.

Hati yang ke-4 inilah yang terdapat pada kebanyakan kaum muslimin. Amalnya bercampur aduk sehingga keburukannya lebih banyak daripada kesempurnaannya.

Dalam Hadits lain dikatakan :”
Sesungguhnya iman itu bermula muncul di dalam hati sebagai sinar putih, lalu membesar, hingga seluruh hati menjadi putih. Sedangkan nifaq itu bermula muncul di dalam hati seperti noda-noda hitam, lalu menyebar, hingga seluruh hati menjadi hitam.”

Sesungguhnya iman akan bertambah dengan cara menambah amal saleh disertai keikhlasan. Sedangkan nifaq akan bertambah dengan cara mengerjakan amal buruk, seperti meninggalkan perkara wajib dan melakukan larangan agama.

Sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Barangsiapa melakukan dosa, maka akan tumbuh dalam hatinya setitik hitam. Jika ia bertaubat, maka terkikislah titik hitam itu dari hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka menyebarlah titik hitam itu sehingga seluruh hatinya menjadi hitam.”

[ Disarikan dari Nashoih Diniyyah, Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad رحمة الله تعالى ]

Leave a Reply

Open chat